Punca Keguguran Rambut Kronik Yang Sukar Dikawal

1) Keturunan & Baka

Masalah keturunan dan baka ni memang sukar nak dielakkan. Sekiranya ibu bapa kita mengalami keguguran rambut apabila mencecah usia tertentu, berkemungkinan besar kita akan turut mengalami masalah yang sama pada usia tersebut kelak.

2) Gangguan Sistem Peredaran Darah

Badan kita mempunyai satu sistem peredaran darah yang kompleks ke seluruh tubuh termasuk kawasan kulit kepala dan akar rambut.
Apabila terdapat gangguan pada sistem peredaran darah ni (seperti crash diet, sakit atau tersalah urat), nutrien dan oksigen yang sepatutnya diangkut ke kawasan kulit kepala dan urat rambut tadi tidak akan sampai sepenuhnya.
Keadaan ini sebabkan berlakunya kekurangan nutrien pada rambut dan akarnya semakin lemah. Masa ni terjadilah keguguran rambut.

3) Menggunakan Perapi & Bahan Kimia Berlebihan

Biasanya kita menggunakan produk penjagaan rambut demi mendapatkan rambut yang cantik dan sihat. Selain daripada itu, ada yang suka mempelbagaikan fesyen rambut dengan teknik rebonding (meluruskan) atau mengkeringtingkan rambut serta mewarnakannya.
Sesetengah produk mempunyai bahan kimia yang menyerap sehingga ke akar dan menyebabkan berlakukanya kekeringan serta keguguran rambut.

4) Perubahan Hormon Wanita Semasa Kehamilan & Bersalin

Semasa hamil, badan wanita akan mengalami banyak perubahan fizikal serta dalaman.  Ianya melibatkan pelbagai jenis hormon terutamanya estrogen dan progesteron.
Disebabkan perubahan hormon nilah juga yang menjadikan berlakunya masalah rambut gugur di kalangan ibu hamil dan baru bersalin.

5) Diet & Gizi Makanan Harian

Kita perlu memastikan pengambilan makanan yang seimbang serta baik untuk pertumbuhan rambut bagi membekalkan nutrien dan gizi mencukupi.
Mengambil makanan yang boleh menganggu keseimbangan hormon badan atau makanan rapu yang tidak berkhasiat boleh menyebakan keguguran rambut.

6) Mengambil Banyak Makanan Berangin

Makanan berangin yang terlalu banyak boleh mengundang masalah sakit kepala. Masalah angin badan dan sakit kepala yang serius turut menyebabkan berlakunya keguguran rambut.

7) Kerap Menukar Shampoo Rambut

Menukar shampoo rambut terlalu kerap boleh menganggu pertumbuhan sihat rambut kerana shampoo akan bertindak balas pada kesihatan kulit kepala.

8) Tidak Menjaga Kebersihan Rambut

Kaum wanita terutamanya muslimah bertudung perlu sentiasa mencuci rambut agar dapat membersihan lapisan minyak pada kulit kepala ekoran daripada berpeluh. Ini bagi mengelakkan pembiakan koloni bakteria yang menjadi punca masalah kelemumur.

9) Memakai Tudung Yang Tidak Sesuai

Pemilihan material tudung sangat penting. Ini kerana bagi mendapatkan pengudaraan yang baik, dapat menyerap peluh dan tidak panas. Pilihlah tudung daripada material chiffon kapas dan koshibo untuk keselesaan.

10) Tabiat Suka Mengikat Rambut

Sesetengah daripada kita suka menggayakan rambut dengan pelbagai fesyen. Fesyen ini akan melibatkan kaedah mengikat, menyikat dan menarik rambut dengan kerap dan ketat.
Lama-kelamaan ia akan sebabkan akar rambut semakin lemah dan rambut mudah gugur.

Yang penting, berpanda-pada dalam menjaga kesihatan rambut. Segalanya bermula daripada diri kita. Perkara yang remeh-temeh dalam menjaga rambut jangan dipandang ringan sebabnya ia boleh menjadikan kita insan botak sepanjang hayat. Dah tahu punca masalah keguguran rambut ni, senang lah kita nak jaga, ye tak?
Ketahui 7 Tips Atasi Rambut Gugur agar kepala kita kembali ceria dengan kehadiran rambut baru yang semakin lebat, kuat dan sihat 



Sumber : myliferia.com

Labels: kesihatan, tips
Back To Top