Waspadalah Terhadap Doa Orang Yang Dizalimi


Yang menjadikan hamba itu sengsara, kakinya tergelincir dan wibawanya jatuh adalah kezalimannya terhadap sesama hamba Allah,hak-hak mereka dirampasnya dan penindasannya terhadap yang lemah. Kerana itulah, seorang bijak bestari mengatakan : "Takutlah kepada orang yang tidak lagi punya penolong (untuk menghindar) dari (perlakuan keji) mu selain Allah."
     Tentang akibat dari kezaliman itu sejarah mengabadikan sekian banyak contoh yang masih segar dalam ingatan kita.
    Adalah Amir bin At-Tufail yang berusaha menipu dan membunuh Rasulullah S.A.W. dengan licik. Rasulullah s.A.W. hanya mendoakannya saja dan selanjutnya allah mengujinya dengan penyakit kelenjar di lehernya, yang kemudian dia mati kerananya. Dia mengerang kesakitan saat kematiannya.
     Arbad bin Qais selalu menyakiti Rasulullah S.A.W. dan pernah berusaha membunuhnya. Rasulullah S.A.W. hanya mendoakannya saja dan seketika itu Allah menurunkan petir yang menyambar dan membakarnya hingga mati bersama unta yang ditungganginya.
     Beberapa saat sebelum Hajjaj membunuh Sa'id bin Jubair, Sa'id berdoa kepada Allah: "Ya Allah, jangan Engkau jadikan dia berbuat jahat kepada orang lain setelah aku." Setelah membunuhnya, tiba-tiba tangan Hajjaj ditumbuhi bisul yang kmudian menyebar ke seluruh tubuhnya. Hajjaj menggelupur seperti sapi. Setelah itu dia mati dalam keadaan yang mengerikan.
    Sufyan ath-Thauri bersembunyi kerana takut pada abu Ja'far Al-Mansur. Ketika Al-Mansur berangkat menuju Baitullah, pada saat yang sama Sufyan berada di dalam Masjidil Haram. sufyan berdiri dan memegang dinding Ka'bah sambil berdoa kepada Allah memohon agar Abu Ja'far tidak dapat memasuki RumahNya tersebut. Tiba-tiba saja Abu Ja'far meninggal dunia di perigi Maimun sebelum menginjakkan kaki nya di kota Makkah.
     Ahmad bin Abi Daud Al-Qadhi Al-Mu'tazili pernah ikut menyeksa Imam ahmad bin Hanbal. Imam ahmad bin Hanbal kemudian mendoakan mereka dan kepada ahmad bin Abi daud allah menimpakan ujian, yakni tubuhnya mati separuh. Kata Ahmad bin abi Duad tentang penyakitnya itu: "Kalau bahagian tubuhku (yang hidup ini) dihinggapi lalat, aku seperti mengira kiamat telah dibangkitkan; sedang bahagian yang mati tidak merasakan apa pun sekalipun digergaji."
    Imam Ahmad bin Hanbal juga pernah mendoakan Ibnu Zayyat (seoarang Perdana Menteri). Dan, kemudian oleh orang yang pernah diseksanya, dia diseret ke penjara, dipanggang di atas bara api dan kepalanya dipaku di setaip sudut.
    Hamzah Al-Basyuni pernah menyeksa kaum muslimin di penjara Jamal Abdul Nasr. Ketika saat melakukan penyeksaan seraya mengatakan : "Di mana Tuhanmu? Aku sumbatkan sekalian dalam penjara besi ini." Maha Tinggi Allah dari segala yang dikatakan orang zalim seperti itu. Dan tidak lama setelah itu, kenderaan yang dikenderainya dirempuh saat hendak pergi ke Iskandariyah - oleh sebuah trak yang mengangkut besi. Dia mati dengan tubuh tembus tertusuk besi dari kepala hingga ke isi perutnya. Hanya sebahagian dari tubuhnya yang dapat dikeluarkan dari dalam kenderaannya :
Dan berlaku angkuh Fir'aun dan bala tenteranya di bumi (Mesir) tanpa alasan yang benar dan mereka menyangka bahawa mereka tidak akan dikembalikan kepada Kami.
(Al-Qasas : 39)
...dan mereka berkata : "Siapakah yang kekuatannya lebih besar daripada Kami?" Tidakkah mereka memperhatikan bahawa Allah yang telah menciptakan mereka lebih besar kekuatanNya daripada mereka..
(Fussilat : 15)
   Demikian pula yang terjadi pada Salah /nasr, salah seorang panglima Abdul Nasr, satu dari sekian banyak orang yang banyak melakukan kezaliman dan kerosakan di bumi. Di akhir masa hidupnya, dia menghidap lebih dari sepuluh jenis penyakit kronik selama beberapa tahun. Untuk beberapa waktu, dia hidup dalam sengsara kerana secara perubatan moden sudah tidak dapat diubati lagi. Akhirnya, dia mati di balik gerigi besi yang sempit sebagai tahanan para pemimpin yang pernah dihormatinya.
Yang membuat sewenang-wenang di dalam negeri, lau mereka banyak berbuat kerosakan di dalam negeri itu. Oleh itu, tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab.
(Al-Fajr : 11-13)
     Rasulullah S.A.W. bersabda :
Sesungguhnya allah memberi tempuh kepada orang zalimdlam melakukan kezalimannya, sehingga ketika allah membinasakannya, mereka tidak dibiarkanNya lepas. 
(Al-Hadis)
Waspadalah terhadap doa orang yang dizalimi, kerana sesungguhnya antara doanya dan Allah tidak ada penghalang.
(Al-Hadis)

Rujukan :
Jangan Bersedih - Setelah Kesulitan Pasti Ada Kesenangan
Penterjemah :
Noraine Abu
Penyunting :
Dr. Mohd Puzhi Usop
Diterbitkan oleh :
Al-Hidayah Publication
27, Jalan DBP, Dp, Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor.

Labels: islamik, semasa
Back To Top