Keajaiban Kaabah ~ Pusat Emas Bumi

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
.

.
Pastinya anda pernah mendengar nama Fibonacci. Dia adalah seorang ahli matematik yang hidup pada abad pertengahan di Algeria. Semasa kecilnya pernah berguru kepada seorang ahli matematik Muslim, hingga akhirnya Fibonacci membawa ilmu ‘Nisbah Emas’ yang menggoncangkan Eropah dan dunia.
.
‘Nisbah Emas’ benar-benar penemuan ilmu pengetahuan yang menakjubkan.
.
Anda boleh melihat bukti-bukti saintifik luar biasa dari misteri yang tetap tersembunyi di Kota Suci Makkah selama ribuan tahun. Makkah ditetapkan sebagai arah bersujud, tempat konvensyen berbilion-bilion umat Islam dan kota paling suci bagi umat Islam. Orang-orang Muslim sanggup berkorban untuk melakukan perjalanan ke kota suci Makkah untuk berkumpul terutamanya di sekitar Kaabah.
.
Phi Konstan – 1,618, nombor Nilai terhebat matematik. Allah Yang Maha Pencipta selalu menggunakan nombor ini dalam pelbagai perkara di alam semesta. Dalam denyutan jantung, aspek nisbah spiral DNA, di dalam rekaan istimewa alam semesta yang disebut ‘dodecehadron’, dalam penyusunan pelbagai daun tanaman yang disebut ‘phylotaxy’, dalam bentuk serpihan salji, ristal , dalam struktur spiral pelbagai galaksi. Yang Maha Pencipta kerap menggunakan nombor yang sama, nombor “NISBAH EMAS”: ~ 1, 618!
.
Nilai Nisbah ini juga digunakan untuk reka bentuk seni bina, bahkan Piramid di Mesir. Kepler astronomi terkenal, mendefinisikan nombor ini sebagai ‘Penemuan yang Terbaik’. Banyak pelukis terkenal, jurutera dan arkitek, seperti Leonardo Da Vinci, telah menggunakan nisbah ini dalam karya seni mereka selama beratus-ratus tahun.
.
.

Dimana ‘Nisbah Emas’ yang sesuai?

.
‘Nisbah Emas’ – Pada Wajah Manusia
.
Wajah ternyata menyimpan nisbah-nisbah matematik yang relatif konstan di hampir semua jenis wajah manusia. Dr Steven Markout, yang telah menghabiskan 25 tahun meneliti unsur matematik pada tubuh manusia, berjaya membuktikan di balik rupa paras seseorang tersembunyi nisbah-nisbah matematik. Dia meneliti 18 model wajah dari pelbagai suku & umur. Hasilnya? 97% mempunyai pola yang sama!!
.
.
‘Nisbah Emas’ – Pada Anatomi Tubuh Manusia
.
Tubuh manusia pun tak terlepas dari nisbah tersebut. Cuba anda kira sendiri:
* Panjang dari pangkal lengan – sikut / sikut – hujung jari
* Panjang dari ubun ubun – dagu / ubun ubun – sambungan kepala leher
* Panjang lutut ke kaki / panjang dari abdomen ke lutut … dan lain sebagainya … Semuanya berada di angka 0,61 … Jari-jari kita pun juga mengandung Nisbah Emas.
Perbandingan antara buku jari pun ternyata sesuai dengan barisan nombor Fibonacci: 2, 3, 5 dan 8 yang merupakan Siri Fibonacci – ‘Titik Nisbah Emas’.
.
.
‘Nisbah Emas’ – Pada Organ Dalaman
.
Golden Ratio Points (Titik Nisbah Emas) berlaku juga pada organ dalam tubuh kita iaitu paru-paru. pada tahun 1987, B.J West & Dr. AL Goldberger berjaya mengungkapkan ‘Nisbah Emas’di paru-paru kita. Secara anatomi, paru-paru kita menyerupai bentuk pokok yang sudah kering. Cuba amati lebih teliti, bentuknya pun tidak simetri. Sebagai contoh, saluran udara yang memisahkan 2 tenggorok; salah satunya lebih panjang dari yang lain. Bentuk a-simetri ini berterusan ke cabang seterusnya. Dan yang menakjubkan, rata-rata bronchus (cabang tenggorok) yang satu dengan cabang tenggorok yang lain ada di angka 0.61.
.
.
Kota Makkah adalah Golden Ratio Points Dunia?
.
Nisbah jarak antara Makkah – Kutub Utara dengan jarak antara Makkah – Kutub Selatan adalah persis 1,618 yang merupakan ‘Nisbah Emas’. Selain itu, perkadaran jarak antara Kutub Selatan dan Makkah dengan jarak antara kedua kutub adalah lagi 1,618 unit.
Keajaiban belum selesai ‘The Golden Ratio Point of the World’ adalah di kota Makkah menurut peta lintang dan bujur yang merupakan penentu umum manusia untuk lokasi.
.
Nisbah jarak Timur – Barat Makkah adalah 1,618 unit. Selain itu, perkadaran jarak dari Makkah ke garis titik balik matahari dari sisi barat dan perimeter garis lintang dunia juga mengejutkan sama dengan ‘Nisbah Emas’- 1,618 unit. ‘The Golden Ratio Point of the World’ selalu dalam lingkungan kota Makkah di Tanah Suci yang meliputi Kaabah, mengikut perkiraan semua sistem pemetaan meskipun perbezaan kecil dalam kiraan kilometer mereka.
.
.
‘Nisbah Emas’ – Pada Al-Quran
.
Hubungan antara Kota Mekah dan ‘Nisbah Emas’ jelas tercatat dalam Surah Ali Imran, ayat 96.
Jumlah semua huruf dari ayat ini adalah 47. Dengan mengira nisbah emas keseluruhan huruf, ditemui bahawa, perkataan ‘Makkah’ tersirat: 47/1.618 = 29,0. Memang ada 29 huruf dari awal ayat (Ali Imran: 96) hingga ke perkataan ‘Makkah’… seperti dalam peta dunia. Jika hanya satu kata atau huruf yang hilang, nisbah ini tidak mungkin boleh dicapai … Dengan tanpa batas, kita cuba lakukan proses yang sama di atas peta dunia dan akan disaksikan pertalian kosisten jumlah huruf, yang mendedahkan hubungan Makkah dengan ‘Nisbah Emas’..
.
Semua bukti ini menunjukkan bahawa  “Pencipta Alam dan Matematik, adalah Satu dan Tunggal iaitu Allah SWT. Yang Maha Kuasa yang telah mencipta Kaabah, Tanah suci (Al-Haram), dan Al-Quran. Ini mengingatkan seluruh umat manusia bahawa Dia telah memberikan tanda-tanda untuk seluruh umat manusia atas dasar ramalannya tentang masa depan dan bahasa umum manusia (matematik).
.
Penemuan mengenai hubungan antara ‘Nisbah Emas’, Makkah, Kaabah dan Quran telah meningkat dari hari ke hari. Pada gambar itu ditunjukkan bahawa pengukuran dengan nisbah emas kompas yang juga dikenali sebagai ‘Kompas Leonardo’, membuktikan bahawa kota Makkah terletak di ‘Golden Ratio Point of Saudi’ sementara Kaabah terletak di Makkah ‘Golden Ratio City’. Menurut perkiraan kebarangkalian, semua bukti ini tidak mungkin berlaku secara kebetulan.
.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mulk (67: 1-3):
 
.
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; Kamu tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan – (mu) – dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan?
.
.

والله أعلم بالصواب

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته
.

Labels: islamik, semasa
Back To Top