Soalan; Assalam ustaz...ape pandangan ustaz terhadap org yg suka berangan...ade kene mngena ke dengan syaitan?
Jawapan;
Bismillah. Berangan
tentang perkara-perkara yang baik seperti berangan untuk masuk syurga,
berangan untuk berjaya dalam hidup (dalam perniagaan, pelajaran dan
sebagainya), berangan berkahwin dengan lelaki/wanita yang soleh/solehah,
berangan untuk jadi orang kaya beriman dan sebagainya semua itu adalah
angan-angan yang baik dan diredhai Syariat. Tidak ada kejayaan melainkan
bermula dari angan-angan.
Adapun
berangan tentang perkara-perkara yang jahat atau maksiat seperti
berangan untuk hidup bebas tanpa terikat dengan batasan Syarak, untuk
berzina, minum arak, angan-angan berupa hasad dan sebagainya dari
amalan-amalan yang ditegah Syariat, maka berangan seperti itu adalah
bisikan dari Syaitan dan jika tidak ditahan akan menjerumuskan diri ke
dalam maksiat. Kerana itu Allah berfirman (yang bermaksud);
"Dan
jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah
engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha
Mendengar, lagi Maha Mengetahui" (surah Fussilat, ayat 36).
Sumber: Ustadz Adnan Fadzil