Limau Nipis Rebus Rawat Dan Sembuhkan Kencing Manis?


Satu perkongsian menarik oleh pesara imigresen. Beliau mengidap kencing manis, selepas mengamalkan air rebusan limau nipis, penyakit itu telah sembuh. Berikut apa yang ditulisnya.

Saya pernah mengidap kencing manis dan kini kencing manis saya sudah sembuh sepenuhnya dan ramai kawan kawan saya juga sembuh selepas saya bagi cara mengubatinya.

Cara caranya:

1. Ambil sebiji limau nipis dan sumbat sebiji garam kasar di dalamnya dan rebus dengan tiga gelas air. 

2. Rebus agak lama dari tiga gelas air hingga sampai airnya tinggal agak segelas dan hancurkan limaunya. 

3. Yang penting biji limau tu dihancurkan guna senduk dan bila sudah hancur tapis air tu dan bila sejuk dan diminum.

Perlu sedia gula gula atau makanan yang manis manis kerana biasanya selepas minum air limau itu, gula dalam badan akan jadi kosong.

Guna garam kasar saiz biasa saja dan tak perlu besar sangat, belah sikit limau tu untuk sumbat garam. Sebaiknya buat tiga kali sebiji setiap kali dan berselang sehari membuatnya.

Ingat yang penting hancurkan biji. 

Saya dapat ubat ini setelah saya buat solat hajat mohon ubat kencing manis dari Allah SWT kerana waktu itu kaki saya hampir dipotong sebab dah busuk.

Alhamdulillah sekarang dah 6 tahun pulih sepenuhnya dan saya tidak pernah pantang makan gula.

Ini hanyalah petua daripada beliau, mungkin berkesan hanya untuk beliau. Tak salah kan mencuba! 

Labels: kesihatan, semasa
Back To Top