Lelaki mana tidak melirik kali kedua jika yang lalu tepi mereka adalah gadis Arab. Sudahlah bermata cantik, kulit juga putih dan halus, bibir sentiasa merah merekah, walaupun tersembunyi di sebalik hijab yang menutup wajah.
Bukan lelaki sahaja, kaum Hawa juga tidak terkecuali turut begitu mengkagumi kecantikan gadis Arab ini. Kalau boleh nak tahu apa rahsia hingga kulit mereka sangat halus dan cantik.
Apakah mereka menggunakan produk penjagaan kulit yang mahal dan berjenama ataupun bahan alami? Walau bagaimanapun kecantikan yang dimiliki oleh gadis Arab ini hanyalah untuk tontonan suami sendiri sahaja apabila sudah berkahwin.
Setelah diselidik, rupa-rupanya mereka hanya mengamalkan enam makanan sunnah untuk tujuan kecantikan. Ayuh baca habis artikel ini untuk tahu enam makan sunnah berkenaan. Mana tahu lepas ini kulit anda pula yang cantik. Bukan untuk sesiapa, hanya untuk tontonan suami sendiri.
1. Bunga saffron atau za’faran
Di Arab Saudi, kopi Arab asli harus mempunyai saffron dan buah pelaga. Untuk kecantikan, saffron merupakan agen pencerah kulit yang terbaik.
2. Minyak zaiton
Antara khasiat minyak zaitun adalah meremajakan kulit. Minyak zaiton dalam masakan mampu hilangkan toksik yang terdapat pada makanan. Minyak zaiton juga membuatkan kulit lebih halus. Jadi tidak hairanlah kenapa kebanyakan produk kecantikan mengandungi minyak zaitun.
3. Pati delima
Pati delima baik untuk kesihatan dan dalaman. Ia baik untuk mengawal tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi dan obesiti. Ia juga mampu turunkan paras gula ke tahap normal.
4. Cuka tamar atau cuka epal
Cuka tamar atau cuka epal baik untuk sistem pencernaan. Jika anda ada masalah sembelit, memang bagus sangat. Kedua-dua bahan ini akan memastikan sumber makanan seperti protein, karbohidrat dan lemak di pecahkan dengan sempurna.
5. Habatussauda
Sekarang ni Habbatussauda boleh didapati dalam bentuk biji, pil atau minyak. Elakkan ambil minyak bersama dengan madu kerana minyak akan neutralkan khasiat dalam madu. Ia berdasarkan dari hasil kajian pihak bertentu yang terkini.
6. Madu
Kita pun tahu madu sememangnya mempunyai pelbagai manfaat, malah turut berfungsi melambatkan penuaan kulit dan mengekalkan kelembapan kulit.
Sumber: www.tipwanita.com