(1) Menurut urf, lintah dan cacing merupakan haiwan yang tidak halal dimakan kerana termasuk dalam kategori haiwan al - khabaith (jijik);
(2) Hukum berjual beli atas dasar manfaat yang diperoleh daripada keduadua haiwan tersebut adalah harus di sisi Syara’; dan
(3) Menggunakan lintah dan cacing sebagai salah satu kaedah perubatan dan bahan kosmetik adalah harus .
Sumber: Mufti Selangor