5 Bahan Ini Boleh Hilang Rasa Mengantuk Selain Kopi


Bila ditanya cara untuk hilangkan perasaan mengantuk, pasti kebanyakan dari kita akan menyatakan kopi sebagai jawapannya.

Namun awas ya, pengambilan kafein yang berlebihan boleh mengundang kemudaratan kepada tubuh badan anda.

Sebenarnya terdapat banyak bahan lain yang boleh menggantikan kopi, antaranya:

1. Akar bunga dandelion 

Menurut mindbodygreen.com, akar dandelion yang dikeringkan mempunyai rasa seperti kafein. Jadi boleh cuba bancuhnya dengan air dan minum.

2. Coklat hitam

Coklat mengandungi kandungan kafein yang rendah namun boleh membuatkan badan anda lebih segar dan bertenaga. Bukan sahaja sedap, malah boleh 'menghalau' perasaan mengantuk jauh-jauh.

3. Buah avokado

Buah yang lazat ini kaya dengan potasium iaitu sejenis mineral yang membuatkan anda bertenaga sepanjang hari. Mulakan pagi anda dengan makan separuh buah avokado ini sudah cukup sebagai bekalan sebelum masuk waktu tengah hari.

4. Buah pisang

Tidak rasa mengantuk pun kebanyakan dari kita memang sudah menjadi penggemar setia buah ini. Pisang boleh dijadikan bahan kudapan ketika berasa lapar dan berkesan untuk menghilangkan ngantuk.

5. Kacang almond

Bahan ini kaya dengan Vitamin E, B6 dan folat. Ia mampu menambahkan tenaga tanpa meggemukkan badan anda. Jadi kalau mengantuk, cepat-cepat makan buah almond!

Labels: kesihatan, tips
Back To Top