Selalu kita dengar mengenai produk dari pati ikan haruan, tetapi adakah kita tahu kebaikan dari ikan ini? Umumnya ikan haruan diketahui akan fungsi dan keberkesanannya dalam mengubati luka-luka dalaman terutama kepada wanita selepas bersalin. Ikan haruan atau nama saintifiknya Channa striatus merupakan spesies air tawar karnivor yang dikategorikan sebagai antara haiwan popular di negara ini khususnya dalam bidang perubatan.
Khasiat pati atau produk berasaskan ikan haruan:
1. Hampir semua penyakit kulit menunjukkan tanda penyembuhan lebih cepat apabila mereka memakan ikan haruan ataupun produk berasaskan pati ikan haruan. disapukan krim tersebut. Antara penyakit kulit yang dikatakan termasuk kurap, kayap dan juga luka kecil serta bengkak.
2. Hasil kajian menunjukkan asid arachidonik yang terkandung dalam isi ikan haruan amat bermanfaat dalam membantu proses penyembuhan penyakit kulit. Berdasarkan kajian itu, isi ikan haruan turut disahkan mengandungi kesemua asid amino dan asid lemak yang bermanfaat untuk proses perubatan dan penyembuhan penyakit kulit.
3. Krim haruan boleh digunakan kepada pesakit kulit ekzema, psoriasis dan ruam di kalangan kanak-kanak dan dewasa selain mereka yang menghidap penyakit arthritis dan sendi. Namun masih banyak kajian yang perlu dilakukan sebelum pengesahan dapat dibuat berhubung khasiat ikan haruan terhadap penyembuhan penyakit kulit.
4. Ikan haruan juga telah digunakan untuk membantu menyembuhkan luka selain meredakan penyakit berkaitan kulit seperti radang, gatal-gatal dam sebagainya. Biasanya ibu selepas bersalin akan memakan lauk pauk berasaskan ikan haruan ataupun minyak ikan haruan.
5. Ikan haruan juga mengandungi vitamin A yang membantu menambah daya penglihatan, melembapkan kulit dan bertindak sebagai antioksidan serta melambatkan proses penuaan.
6. Lendirnya pula mengandungi asid olelik dan linolik tidak tepu dan menariknya, kandungan kolagenya dapat mencantikkan kulit.
Sumber: Wanista