Makanlah Banyak Buah Prun Kalau Nak Dapat 5 Faedah Ni!


Siapa kat sini tak suka buah prun? Jangan risau sebab anda tak keseorangan.

Menurut kajian, wanita yang berumur 25 hingga 54 tahun mempunyai reaksi yang negatif terhadap buah prun atau lebih dikenali dengan gelaran ‘plum kering’.

Fizikalnya kelihatan seperti kurma namun isinya lebih kenyal dan lembab manakala rasanya pula adalah berdasarkan gabungan masam dan manis.

Selain kandungan anti-oksida yang tinggi serta baik untuk melancarkan sistem penghadaman apa lagi agaknya faedah yang boleh dikecap apabila mengamal memakan buah prun ini?

#1 Menjauhi Penyakit Kardiovaskular (Jantung) Serta Penyakit Kronik

Ternyata buah plum dan prun banyak persamaannya. Kedua-dua buah tersebut mengandungi nilai khasiat phytonutrien yang digelar phenols. Banyak kajian menunjukkan bahawa phytonutrien akan bantu melindungi sel-sel tubuh daripada kerosakan yang disebabkan oleh tindak balas lemak tepu dalam saluran tubuh.

Oleh kerana semua sel dalam badan kita termasuklah sel otak mengandugi lemak, adalah penting untuk tubuh manusia mempunyai nutrisi phytonutrien secukupnya agar tubuh bebas daripada segala jenis penyakit termasuk penyakit kronik seperti serangan jantung.

#2 Mengelak Diabetes & Obesiti

Prun tinggi dengan serat yang akan mengekalkan kadar gula dalam darah agar sentiasa stabil (berada pada tahap baik).

Serat jenis larut ini kemudiannya akan memperlahankan proses perkumuhan secara baik agar proses penyerapan gula ke dalam darah tergendala. Serat itu tadi akan bertindak meningkatkan sesitiviti tubuh terhadap insulin.

Bukan tu je, serat jenis larut adalah kunci bagaimana untuk membuat seseorang individu kekal kenyang sepanjang hari tanpa perlu kerap berasa lapar. Kalau hendak kurus, bolehlah cuba amalkan diet buah prun okay?

#3 Merendahkan Kadar Kolesterol

Selain membuatkan perut berasa kenyang, serat jenis larut yang dibincangkan tadi mampu bantu menurunkan kolesterol dengan menyerap empedu yang terdapat dalam usus sebelum menyahkannya dalam bentuk perkumuhan. Empedu adalah kolesterol yang terkumpul dalam hati.

Prun juga terkenal sebagai penyembuh sembelit tahu?

#4 Tingkatkan Kekuatan Tulang & Mengurangkan Risiko Osteoporosis

Kajian pada 2011 mendapati prun dan plum adalah buah yang paling efektif sebagai pencegah kerapuhan tulang kerana sumber nutriennya yang kaya dengan fenolik dan gabungan flavonoid.

#5 Sumber Utama Untuk Vitamin K & Beta Karoten

Pengambilan beta karoten ynag secukupnya bisa membuatkan seseorang lebih gembira. Selain itu, ia juga berfungsi untuk melindungi dan memulih kerosakan redikal bebas pada sel tubuh manusia sebagai contoh, melambatkan penuaan dan membaiki sel kulit rosak.

Vitamin K yang terkandung dalam prun pula hebat dalam memerangi faktor penuaan dengan mengembalikan kekuatan tulang serta melancarkan peredaran darah.

Untuk dapat 5 faedah ni, ambil beberapa biji buah prun setiap hari! tak dapat yang segar, yang kering pun boleh juga…

RUJUKAN

Labels: kesihatan, tips
Back To Top