Panduan Mengerjakan Solat Sunat Tasbih



Solat sunat yang pernah diajarkan oleh Rasullullah S.A.W kepada bapa saudaranya Saidina Abbas ibn Abdul Mutalib. Di dalam solat ini dibacakan 300 tasbih.

Solat ini digalakkan mengamalkannya tiap-tiap malam, sekali seminggu, sekali sebulan atau setahun sekali dan kalau tidak boleh juga setidak-tidaknya sekali seumur hidup.

Sekiranya solat ini dilakukan siang hari maka ia mestilah dikerjakan dengan empat rakaat beserta satu salam. Sekiranya dilakukan pada malam hari, hendaklah empat rakaat dijadikan dua salam.

1. Lafaz niatnya ialah :



“Aku solat sunat tasbih dua rakaat kerana Allah Taala”

2. Bacaan tasbih seperti :




“Maha suci Allah Yang Maha Esa, segala puji bagi Allah dan Allah zat Yang Maha Agung”

3. Tempat bacaan tasbih




Apabila selsesai melakukan empat rakaat solat maka jumlah tasbih yang dibaca menjadi 300 kesemuanya.

Sekiranya terlupa membaca tasbih pada mana-mana tempat maka boleh digantikan ditempat berikutnya.

Back To Top