SOALAN:
Assalamuaikum. Minta penjelasan berkaitan hukum berenang ketika berpuasa. adakah membatalkan puasa
JAWAPAN:
بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن والاه. أما بعد
Hukumnya berbeza berdasarkan perincian berikut;
1) Orang yang mahir berenang, dan dapat mengawal dirinya ketika berenang daripada masuk air dalam rongganya. Maka hukum berenang dalam keadaan ini sama seperti hukum mandi pada bulan puasa. Para ulama telah menjelaskan hukumnya adalah HARUS.
i- Imam Bukhari membuat tajuk dalam kitab sahihnya "Bab: mandi bagi orang puasa". yakni: keharusannya.
ii- Beliau menukilkan secara taklik, bahawa Anas bin Malik berkata: "Sesungguhnya aku mempunyai sebuah kolah dan aku memasukinya ketika aku berpuasa". Dalam Fathul Bari, Ibn Hajar membawa athar ini secara mausul dengan lafaz: Sesungguhnya aku mempunyai sebuah kolah, apabila aku merasa panas, aku memasukinya sedangkan aku berpuasa". kata Ibn Hajar: Seolah2 kolah itu dipenuhi air, dan apabila Anas merasa panas, beliau masuk ke dalamnya.
iii- Banyak athar2 daripada sahabat dan salaf menunjukkan mereka mandi dan membasahkan badan ketika puasa. Dan hukum berenang sama dengan hukum mandi bagi sesiapa yg mampu mengawal diri.
iv- Dalam Fatwa Lajnah Daemah 10/281: "Harus berenang pada siang Ramadhan, tetapi hendaklah berjaga2 daripada masuk air ke dalam rongganya".
v- Berkata Syeikh Uthaimin: "Tidak mengapa berenang ketika puasa, menyelam dalam air. Tetapi hendaklah berjaga2 supaya air tidak memasuki ke rongganya sekadar mampu. Aktiviti renang ini menyegarkan badan, dan membantu ketika puasa. Apa2 yang membangkitkan kesegaran dalam melakukan ketaatan, tidaklah dilarang".
vi- Katanya lagi: "Tidak mengapa bagi org berpuasa menyelam dalam air atau berenang. Kerana ia bukanlah perkara membatalkan puasa. Asalnya adalah halal sehingga ada dalil yg mengharamkannya atau memakruhkannya". Majmuk Fatawa Ibn Uthaimeen 19/284-285.
2) Jika dimaklumi bahawa aktiviti berenang menyebabkan akan masuk air dalam rongga, maka TIDAK HARUS BERENANG.
i-Nabi SAW memerintahkan supaya berlebih2an dalam memasukkan air ke dalam hidung ketika wudhuk, kecuali bagi org berpuasa. HR Abu Daud (142) dan Tirmizi (788), katanya: Hasan Sahih.
Penjelasan dalil: Kalaulah perkara sunat (berlebih2an dalam memasukkan air dalam hidung) dilarang ketika berpuasa, takut2 air masuk ke dalam rongga, maka perkara harus seperti berenang lebih aula untuk dilarang jika ditakuti masuk air dalam rongga.
ii- Diriwayatkan bahawa al-Hasan dan Sya'bi memakruhkan menyelam dalam air ketika puasa, kerana ditakuti masuk air melalui liang telinga. (mughni 3/18).
iii- Berkata Azra'ie (tokoh fuqaha syafieyyah): "Kalau diketahui daripada kebiasaannya bahawa air masuk ke dalam rongga jika menyelam, dan tidak boleh berjaga2 dengannya, maka HARAM menyelam". (Hasyiyah Bujairimi 2/74).
Sumber: http://soaljawabpuasa.blogspot.my/