Selain daripada berdoa dengan mengangkat tangan ketika solat atau luar solat, ada pelbagai bentuk cara berdoa yang boleh dipraktikkan.
Ia tidak tertakluk dan terhad kepada doa ketika solat sahaja, malah aktviti berdoa boleh jadi dalam pelbagai bentuk.
Jangan jadikan syarat berdoa terlalu ketat seperti mengangkat tangan, perlu ada selawat sehinggakan kadang-kadang membuatkan kita malas untuk berdoa. Konsep berdoa itu sepatutnya lebih luas kerana sesungguhnya Allah itu maha mengetahui setiap hajat hamba-Nya.
#1 – Berbual Dengan Allah s.w.t
“Allah tidak menyukai ucapan buruk, (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.”An-Nisa’ 4:148-149
Apa yang kita cakap boleh menjadi doa, terutamanya apabila diniatkan dari hati yang terdalam. Antaranya apa yang ibu cakap berpotensi menjadi doa yang paling cepat dimakbulkan.
Dalam seharian, praktikkan berdoa dengan berbual dengan Allah s.w.t sebagaimana kita bercakap dengan rakan kita. Sentiasalah bercakap dengan Allah s.w.t, apa yang kita mahu dan hajati.
#2 – Apa Yang Kita Rasa
Dengan perasaan, ia akan membuat kita melakukan tindakan. Dengan berasa gembira, ia akan buat kita tersenyum. Dengan berasa marah, ia akan buat kita bermasam muka pada hari itu.
Dengan merasakan perasaan yang mendalam untuk impian kita, ia ibarat salah satu bentuk doa untuk mempercepat pemakbulan impian kita. Justeru, penting menjaga apa yang kita rasa.
#3 – Apa Yang Kita Fikir
“A man is what he thinks about all day long.” Ralph Waldo Emerson
Apa yang kita difikirkan tentang kita pada seharian itu, itulah diri kita. Andai kita memikirkan perkara-perkara yang positif, InsyaAllah kita akan menjadi positif. Apabila kita memikirkan perkara-perkara negatif, InsyaAllah kita turut akan menjadi negatif.
Pasakkan minda kita supaya sentiasa memikirkan perkara positif supaya hasil yang kita dapat adalah positif.
#4 – Visualisasi
Kuasa visualisasi telah disahkan berkesan untuk menarik impian dalam hidup. Ia adalah teknik yang mempercepatkan potensi pencapaian impian. Kesannya boleh terjadi dalam masa 1 hari dan sehinggalah mengambil masa beberapa tahun.
Allah s.w.t lebih mengetahui untuk memakbulkan permintaan kita. Dia akan memberikan apa yang kita perlu berbanding apa yang kita mahu. Seandainya apa yang kita visualkan tidak dapat, InsyaAllah Allah percayalah ada ganti yang lebih baik.
#5 – Tulis
Ada sebuah buku berbahasa Indonesia bertajuk The Magic of Dream Book karya Rangga Umara. Ia mengisahkan tentang seorang lelaki yang rajin menulis impian dalam sebuah buku. Antara review daripada pembaca tentang buku ini di laman web Good Reads .
Buku ini menceritakan kisah perjuangan Rangga Umara bersama Dream Booknyauntuk menjadi seorang pengusaha.
Berbekal keyakinan dan berbagai macam impian yang dituliskannya, Dream Book, Mas Rangga Umara saat ini sudah cukup sukses menjadi seorang pengusaha. Usaha Pecel Lele miliknya yang dulu sering dipandang sebelah mata oleh banyak orang, kini mempunyai omset lebih dari 1 Milyar tiap bulannya.
Satu hal lagi, buku ini tidak (hanya) dipersembahkan buat anda yang ingin memulai berwirausaha tetapi juga buat anda yang percaya akan kekuatan sebuah mimpi dan cita-cita.
Cara Untuk Allah Makbulkan Doa Kita
Tips bonus yang akan membuat doa kita dipandang Allah, adalah apabila kita banyakkan mendoakan orang lain.
Daripada Abu Darda’ r.a bahawa dia mendengar Nabi Muhammad SAW bersabda yang maksudnya :
“ Tidaklah berdoa seorang muslim terhadap saudaranya secara ghaib (tanpa diketahui oleh saudaranya itu) melainkan akan berkatalah para malaikat, engkau juga beroleh yang seumpama dengannya.”Riwayat Muslim
Kesan mendapat doa daripada malaikat boleh dilihat dalam surah Al Anfal ayat 9. Bagaimana Allah mendatangkan malaikat yang beribu kepada 313 orang Islam untuk membantu mereka untuk menang perang Badar ketika berhadapan 1,000 orang tentera musyrik.
Ada pelbagai bentuk untuk kita berdoa kepada Allah. Ia tidak terikat dengan hanya berdoa secara angkat tangan selepas solat.
Sebaiknya aktiviti berdoa dilakukan bila-bila masa walaupun di luar solat. Malah, ianya haruslah selalu. Sentiasalah mengrefleksikan pengharapan dan sandaran kita kepada Allah dalam tiap perkara yang dibuat.
Semoga perkongsian artikel ini bermanfaat.
Sumber : tazkirah.net