Doa Pendinding ini dibaca oleh Nabi Muhammad ﷺ ketika Baginda ﷺ diekori Jin Ifrit semasa Peristiwa Israk sebagaimana yang diriwayatkan oleh Yahya ibn Said.
Peristiwa tersebut memberi pengajaran kepada kita sekalian, bahawa sewaktu kita sedang melaksanakan sesuatu tugas dan urusan, kadang-kadang datang gangguan daripada makhluk jin yang muncul dengan tiba-tiba, mahupun yang disuruh oleh seseorang untuk menggagalkan usaha kita. Oleh kerana itu supaya kita selamat dari gangguan tersebut, maka doa yang diajarkan oleh Malaikat Jibril berikut perlu kita baca setiap kali kita akan melakukan tugas.
.
رقم الحديث: 1709
(حديث مرفوع) وَحَدَّثَنِي، عَنْ مَالِك، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ، أَنَّهُ قَالَ : أُسْرِيَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَأَى عِفْرِيتًا مِنَ الْجِنِّ يَطْلُبُهُ بِشُعْلَةٍ مِنْ نَارٍ، كُلَّمَا الْتَفَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَآهُ، فَقَالَ لَهُ جِبْرِيلُ: أَفَلَا “أُعَلِّمُكَ كَلِمَاتٍ تَقُولُهُنَّ إِذَا قُلْتَهُنَّ طَفِئَتْ شُعْلَتُهُ وَخَرَّ لِفِيهِ ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : “بَلَى”، فَقَالَ جِبْرِيلُ : فَقُلْ أَعُوذُ بِوَجْهِ اللَّهِ الْكَرِيمِ، وَبِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ اللَّاتِي لَا يُجَاوِزُهُنَّ بَرٌّ وَلَا فَاجِرٌ، مِنْ شَرِّ مَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَشَرِّ مَا يَعْرُجُ فِيهَا، وَشَرِّ مَا ذَرَأَ فِي الْأَرْضِ وَشَرِّ مَا يَخْرُجُ مِنْهَا، وَمِنْ فِتَنِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ وَمِنْ طَوَارِقِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ، إِلَّا طَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ يَا رَحْمَنُ”
.
Daripada Malik,Yahya ibn Said berkata, “Semoga Allah memberkati Rasulullah dan memberi kesejahteraan kepada Baginda. Nabi Muhammad ﷺ melihat Jin Ifrit yang mengekori Baginda ﷺ dengan membawa jamung (obor). Setiap kali Baginda ﷺ menoleh, Baginda ﷺ melihatnya. Kemudian malaikat Jibril berkata, “Mahukah Tuan saya ajarkan doa yang apabila Tuan membacanya, maka api obornya akan padam dan masuk ke dalam mulutnya?” Rasulullah ﷺ bersabda, “Ya, Sudah tentu!” Lalu malaikat Jibril berkata,“Ucapkanlah:
.
.
Selepas Nabi Muhammad ﷺ membaca doa tersebut, maka Jin Ifrit yang mengekori Baginda ﷺ jatuh tersungkur dan obornya padam.
.
Doa di atas boleh juga dibaca ketika menghadapi situasi :
- Hesteria
- Kerasukan
- Diganggu api misteri
- Orang yang berlaku zalim
- Keresahan dan kebimbangan
- Berhadapan makhluk yang mengacam.
- Menghadapi sesuatu yang menakutkan
- Memasuki rumah tinggal dan menyeramkan
- Meneroka kawasan baru, tempat asing atau hutan tebal.
.
Baraka Allah fiikum. Semoga bermanfaat….
.
.
رَبِّي يَعْلَمُ الْقَوْلَ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
“Tuhanku mengetahui tiap-tiap perkataan (perbuatan) di langit dan di bumi dan Dialah jua Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”
(Surah Al-Anbiyaa’; Ayat 4).
.
والله أعلم بالصواب
Wallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)
.
.
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكَمْ وَرَحْمَةُ اللهُ وَبَرَكَاتُه
.