Bacaan AL-RUQYAH (bermaksud Pendinding) adalah himpunan beberapa ayah Al-Quran oleh amalan sahabat-sahabat & alim ulamak terdahulu sebagai doa dan amalan, amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit terutamanya khusus untuk gangguan jin, kerana fadhilat dan khasiatnya amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat & sihir serta memagar diri kita amnya..
Sila perdengarkan bacaaan sehingga tamat dengan pejamkan mata. Perhatikan setelah selesai ..
1) denyutan jantung makin kencang
2) badan begegar
3) ada benda bergerak-gerak bawah kulit
4) mengantuk/menguap
5) batuk
6) gelisah
7) panas di tengkuk
Jika ada mengalami sebahagian simptom-simptom diatas,kemungkinan besar ada jin yang menghuni tubuh anda. Penjelasannya adalah mudah,jin yang berada dalam tubuh kita akan bergerak melalui saluran darah kita,ayat-ayat ruqyah syar'iyah ini pula amat mustajab dalam menyakiti mereka,lalu mereka akan kucar-kacir dalam darah kita lalu menyebabkan degupan jantung kita bertambah kencang.
Ayat Ruqyah ini amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yang mengalami pelbagai penyakit gangguan jin,kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita amnya.
Dengan mendengar Ayat Ruqya, insyaAllah mampu menyembuh segala penyakit misteri antaranya:-
-Fikiran runsing/jiwa gelisah
-Menyembuhkan penyakit histeria,sihir dan saka
-Mengusir jin didalam badan,rumah dan premis perniagaan
-Ketengangan dalam rumahtangga
-Menyembuhkan anak-anak yang menangis malam
-Penambat kasih sayang antara anak dan ibubapa
-Anak-anak mudah mendengar kata orang tua
-Menguatkan hafalan dan pembelajaran
-Membuatkan minda lebih positif dan fokus terhadap kerja dan pembelajaran
-Membersihkan aura diri dan menyahkan energi-energi negatif dari badan
(Sumber: penawaralruqyah)