Hukum Wanita Makan Pil Perancang Kehamilan Dengan Izin Suami


SOALAN :
Saya seorang isteri dan mempunyai tiga orang anak. Oleh sebab kehidupan di kota besar yang memerlukan kos yang tinggi untuk menjaga anak, saya dan suami merancang keluarga untuk mengatasi masalah kewangan kami. Setelah berbincang, suami memberikan keizinan kepada saya untuk memakan pil perancang kehamilan. Apakah hukum bagi suami yang membenarkan isterinya mengambil pil perancang kehamilan?
JAWAPAN :
Pengambilan pil perancang kehamilan adalah dibolehkan jika sekiranya dibenarkan atau mendapat keizinan suami. Hal ini adalah kerana suami mempunyai hak tentang hal yang berkaitan dengan keturunan dan waris sebagaimana dengan wanita.
       Namun begitu, adalah dinasihatkan supaya wanita tidak mengambil pil perancang kehamilan. Hal ini adalah kerana mempunyai anak yang ramai adalah sunnah Rasulullah SAW. Anak adalah rezeki dan setiap anak yang lahir mempunyai rezeki yang sudah ditentukan oleh Allah SWT. Alasan kos dan sebab akan mengalami masalah kewangan akibat anak yang ramai seperti tidak yakin kepada rezeki daripada Allah SWT. Yakin dan percayalah bahawa setiap apa-apa yang allah SWT jadikan itu ada hikmahnya. Perancang keluarga boleh mengurangkan jumlah umat Islam. Hal ini semakin membimbangkan.
       Sekiranya wanita mahu mengambil pil perancang kehamilan, wanita mestilah mendapatkan nasihat dan pandangan daripada doktor pakar pesakit puan terlebih dahulu. Hal ini adalah bagi mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak diingini dan juga hal yang boleh membahayakan kesihatan wanita.
Rujukan : 
Wanita Dalam Islam - Kemusykilan & Panduan 
Diterbitkan oleh :Illusion Network
No. 40A, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, Tadisma Business Park, 
40100 Shah Alam, Selangor.

Labels: islamik, tazkirah
Back To Top