Nak Hidup Bahagia? Jangan Suka Bandingkan Hidup Sendiri Dengan Orang Lain


Ada sesetengah orang suak merungut kenapa dia tidak mendapat apa yang orang lain dapat? Dia seperti merasa kosong. Merasa kehidupannya teruk.
Siapa yang berani kata yang orang lain tidak pernah merasai kekosongan itu. Ada masa dan ketika perasaan itu datang. Mungkin kekosongan itu merujuk kepada kehidupan peribadi atau kehidupan professional kita. Cuma yang berbeza ialah berapa kekerapan atau berapa lama perasaan itu bermaharajalela dalam hati.
Ada orang yang terus berkata “Mengadulah kepada Allah yang Maha Mendengar”. Betul dan itulah yang sebaiknya. Tetapi bantuan Allah itu hanya datang melalui usaha yang manusia lakukan. Jadi apa yang boleh kita buat?
1. Berhenti menganggap yang harapan kita selama ini pasti menjadi kenyataan. Ya, kita boleh meletak harapan kepada apa dan sesiapa sahaja. Semakin kuat kita mengharap semakin tinggi risiko kita merasa ‘sakit’ jika itu tidak menjadi kenyataan.
Apabila anda menghantar teks kepada seseorang dan orang itu tidak membalasnya, apa yang kita rasa? Anda menolong seseorang dan orang tidak tidak mengucapkan terima kasih pun kepada anda, apa yang anda rasa? Anda telah berbudi dan berjasa kepada suami tetapi dia tidak mengenang pun jasa itu, apa yang anda rasa?
Kitaran yang berulang-ulang ini mula membuatkan anda merasa tidak berharga. Apa pengajarannya? Lupakanlah untuk mengharap balasan. Jangan jadikan bantuan dan jasa anda itu terlalu peribadi. Ikhlaskan hati dan biarlah Allah yang memberikan rahmatNya atas apa perbuatan baik yang anda lakukan itu.
2. Jangan berfikir hanya anda yang sahaja yang ‘malang’. Anda rasa suami anda teruk. Yang mungkin betul tapi percayalah ada suami orang lain yang sepuluh kali lebih teruk. Hayati kisah dan cerita orang lain. Betapa kerasnya kehidupan yang mereka lalui. Lihat, dengar dan rasakan dari sudut pandang berbeza. Betapa bertuahnya anda. Hidup anda tidaklah seteruk mana.
Anda faham maksud, sudah jatuh ditimpa tangga. Sejak kebelakangan ini anda rasa peribahasa itu seperti dijadikan khas untuk anda. Minggu lepas anda dibuang kerja. Semalam dapat tahu yang suami sudah kahwin lain. Anak pula seperti tidak ada masa lain untuk sakit. Malam tadi duit anda kena curi dan hari ini anda demam selsema. Segalanya seperti berpakat untuk menganayai anda.
Bertenang, tidak ada orang yang jatuh kemudan betul-betul ditimpa tangga. Betul orang itu jatuh tetapi tangga itu jatuh ke arah lain. Itu hanya bayangan yang direka-reka. Hidup anda lebih waras daripada bayangan hitam yang anda rasai itu.
3. Ada orang yang mengatakan bahawa orang yang tidak terlalu takut mengambil risiko pastinya hidupnya sangat membosankan. Segala-galanya statik seperti air bertakung. Air bertakung tidak ada gunanya kecuali menjadi tempat pembiakan nyamuk eades sahaja. Jadi apa kata kita mengubah diri. Beranikan diri mencabar keupayaan untuk mencapai sesuatu yang lebih baik pada masa depan. Risiko memang ada dan itulah cabarannya. Sepuluh, dua puluh atau lima puluh akan datang dan seandainya umur kita panjang, itu semualah yang akan memberikan kepuasan.4. Lagi satu jangan gemar sangat membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain. Memang seronok memuja hijau rumput di laman rumah hingga terlupa subur rumput di laman sendiri. Rumah dia lebih cantik. Suami dia lebih baik. Anak dia lebih pandai dan macam-macam lagi. Memang secara fitrahnya hati manusia lebih mengira yang yang dia tidak dapat berbanding apa yang sedang dia miliki. Tahukah anda betapa ada orang lain yang ingin berada dalam kehidupan anda sekarang?
Apa pun yang pandangan, cuba renungkan kenapa diri sendiri tidak boleh maaf dan terus lupakan? Ya, mungkin mudah di mulut tetapi apa pula untungkan jika saya dapat membuktikan yang dia salah? Memang dia betul.
Memaafkan itu hanya sekali tetapi terus mengingati kesalahan orang itu sebenarnya masih menggunakan tenaga mental. Jadi apa kata selepas ini kita usaha, maaf, lupakan tetapi lebih berhati-hati selepas ini.

Labels: islamik, tips
Back To Top