Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam adalah tuntutan yang fardu ke atas setiap orang yang beragama Islam. Walaupun sakit dan masih sedar serta waras, solat fardu perlu ditunaikan walaupun tanpa gerakan asal (ada kaedah-kaedahnya).
“Sesungguhnya solat itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” An-Nisa’:103Dari situ, kita akan fahami bahawa begitu pentingnya solat. Pasti ada “rahsia” dalam ibadat solat ini sehingga waktu kita sakit pun dituntut untuk mengerjakannya.
Jika anda seorang usahawan, anda mungkin sudah tiada majikan. Tetapi jika kita fikir jauh sedikit, “majikan” bagi seorang usahawan adalah Allah. Jadi jika mahu menjadi seorang usahawan yang berjaya, sudah pasti kita perlu ikut arahan majikan.
Begitu juga dengan solat, ia adalah perintah daripada Allah untuk semua manusia. Apabila usahawan mengikut perintah Allah, sudah pasti Allah akan memudahkan usaha-usaha yang dilakukan.
Solat Sebaiknya Pada Awal Waktu
Ditanya Rasulullah s.a.w, apakah amalan yang terbaik, maka baginda menjawab: Solat di awal waktu.Di sini saya senaraikan 7 cara mudah (mengikut situasi) untuk menunaikan solat di awal waktu. Ingat, menunaikan solat sahaja tidak cukup, tetapi menunaikan solat dengan betul dan sebaiknya pada awal waktu.
Hadis Riwayat At-Trimidzi
#1 – Latih Diri Hentikan Kerja Tanpa Alasan
“Save” segala kerja dan terus Jika kita permudahkan untuk solat, Allah akan memudahkan juga urusan seharian kita. Jadikan ia sebagai satu “habit”. Setiap kali terdengar azan, terus hentikan. Jika tidak biasa, kita perlu biasakan. Lama-lama ia akan menjadi automatik.
#2 – Waktu Solat Sebagai Panduan Temujanji
Begitu juga jika mahu bertemu pada waktu malam, jumpa pada pukul 9 malam dan ke atas. Walaupun solat fardu Isyak boleh dilambatkan, tetapi lebih baik kita tunaikan pada waktunya.
#3 – Tetapkan ‘Reminder’ Waktu Solat
Semua aplikasi ini amat membantu kita yang kadang-kadang terlalu sibuk dalam urusan seharian.
#4 – Tampal Peringatan Di Meja Kerja
#5 – Berkawan Dengan Mereka Yang Tidak Lewatkan Solat
Bukan sahaja kita akan solat lebih awal ataupun sebaik masuk waktunya, tetapi kita juga boleh solat berjemaah di pejabat jika tidak dapat ke masjid ataupun surau, ataupun sewaktu berjalan jauh / bepergian (safar). Dalam masa yang sama, mereka boleh mengingatkan kita apabila kita dilanda kesibukan.
#6 – Jadikan Solat Polisi Utama Anda
Mereka tidak mahu solat ataupun mahu melengahkan solat, itu pilihan mereka. Anda mempunyai pilihan dan prinsip tersendiri. Apabila kita meletak solat sebagai nombor satu, Allah akan bantu kita mempermudahkan kita untuk menunaikan solat.
#7 – Solat Berjemaah Di Masjid
Apabila berada di masjid, kita tidak ada fikiran lain selain mahu menunaikan solat sahaja dan yang pasti kita akan ikut imam. Kita akan solat dengan lebih tenang dan tidak tergopoh-gapah. Cubalah teknik ke-7 ini walaupun mungkin tidak selalu.
Rumusan
Akhir kata daripada saya, kita memang manusia yang serba serbi kelemahan. Diri kita dengan para sahabat Nabi usah dibandingkan, apatah lagi dengan para ustaz dan ulama soleh, memang kita terlampau jauh berbanding mereka. Kita jadi sahaja diri sendiri dan sentiasa berusaha untuk meningkatkan kedudukan kita di sisi Allah Subhanahu wa Taala.
Sumber: http://tazkirah.net/7-cara-mudah-solat-awal-waktu/