Soalan: Bolehkah seorang Muslim menziarahi majlis pengebumian bukan Muslim?
Jawapan:
Kami menerima makluman khabar dukacita berhubung pemergian nenek saudara Yazid Lim bin Mohamad Aziz atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak. Kami ingin mengucapkan takziah dan diharapkan keluarga Johan bersabar atas pemergian insan yang tercinta ini. Dalam masa yang sama, kami mendapat tahu, terdapat segelintir pihak yang mencemuh beliau atas tindakah beliau menziarahi majlis pengebumian mendiang nenek beliau yang bukan beragama Islam. Maka, kami jelaskan di bawah ini perbahasan berkenaan hukum-hakam berkaitan majlis pengebumian bukan Muslim.
Tidak ada larangan kepada umat Islam untuk berbuat baik dengan bukan Muslim yang juga dikenali dengan akhlak yang baik dan tidak memusuhi umat Islam. Firman Allah SWT:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ
Maksudnya: “Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.”
(Surah al-Mumtahanah: 8)
Memandikan, Mengkafankan dan Mengebumikan Bukan Muslim
Islam amat menitikberatkan hubungan yang harmoni sesama manusia walaupun berlainan agama dan bangsa. Dalam hal ini Nabi Muhammad SAW adalah contoh terbaik untuk kita teladani.

Disebutkan dalam sebuah hadith Ali bin Abi Talib telah bertemu Rasulullah SAW dan beliau mengkhabarkan tentang kematian Abu Talib. Baginda SAW bersabda:
«اذْهَبْ فَوَارِهِ». قَالَ: إِنَّهُ مَاتَ مُشْرِكًا. قَالَ: «اذْهَبْ فَوَارِهِ». فَلَمَّا وَارَيْتُهُ رَجَعْتُ إِلَيْهِ، فَقَالَ لِي: «اغْتَسِلْ»
Maksudnya: “Pergilah dan kebumikannya” Aku berkata: “Sesungguhnya dia mati dalam keadaan musyrik.” Nabi berkata: “Pergilah dan kebumikannya” Setelahmana aku mengebumikannya, aku kembali kepada Baginda. Maka Baginda berkata kepadaku, “Mandilah.”
(Riwayat al-Nasa’ie, no. 190; Ahmad, no. 759)
Dalam riwayat yang lain di dalam Musnad Ahmad (no. 1074), al-Suddi yang merupakan perawi hadith tersebut menyebutkan: “Dan adalah Ali RA selepas memandikan jenazah, beliau akan mandi.” Bahkan Nabi SAW sendiri memberikan jubahnya untuk dijadikan kain kafan bagi Abdullah bin Ubay ibn Salul, seorang munafik pada zamannya. Daripada Jabir bin Abdullah RAnhuma berkata:
لَمَّا كَانَ يَوْمَ بَدْرٍ أُتِيَ بِأُسَارَى، وَأُتِيَ بِالعَبَّاسِ وَلَمْ يَكُنْ عَلَيْهِ ثَوْبٌ، «فَنَظَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَهُ قَمِيصًا، فَوَجَدُوا قَمِيصَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أُبَيٍّ يَقْدُرُ عَلَيْهِ، فَكَسَاهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِيَّاهُ، فَلِذَلِكَ نَزَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَمِيصَهُ الَّذِي أَلْبَسَهُ» قَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ كَانَتْ لَهُ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يُكَافِئَهُ
“Ketika Perang Badar, tahanan perang dibawakan termasuk al-Abbas yang tidak berpakaian. Nabi SAW mencari-cari pakaian untuknya dan mendapati jubah Abdullah bin Ubai sesuai dengannya. Maka Nabi memberikan jubah itu kepada al-Abbas. Oleh itulah Nabi SAW melepaskan jubah yang dipakainya (untuk dijadikan kain kafan jenazah Abdullah bin Ubai). Ibn ‘Uyainah berkata: ‘Dia (Abdullah bin Ubai) telah melakukan sesuatu yang membuatkan Nabi SAW suka untuk memberikannya ganjaran.”
(Riwayat al-Bukhari, 3008)

Oleh itu, Mazhab Syafie membolehkan orang Islam untuk memandikan, mengkafankan dan mengebumikan jenazah bukan Islam. Rujuk al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie, 1/628; Al-Hawi al-Kabir, 3/19.
Menziarahi Kubur Bukan Muslim
Syeikhul Islam Zakaria al-Ansari ketika mensyarahkan Minhaj al-Tullab (ringkasan kepada Minhaj al-Talibin oleh Imam al-Nawawi) menyatakan bahawa “Adapun menziarahi kubur bukan Muslim dibolehkan.” Rujuk Fath al-Wahhab, 1/118. Imam al-Nawawi juga membolehkan Muslim untuk menziarahi bukan Muslim semasa hidup dan menziarahi kubur-kubur mereka selepas kematian mereka. Ini kerana menurut beliau, sekiranya dibolehkan ziarah selepas kematian, maka ziarah semasa hidup lebih utama. Rujuk Al-Minhaj, 7/45.
Satu hal yang menarik untuk diperhatikan bersama, bagaimana Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah menyatakan bahawa:
“…Sekiranya ada Muslim yang hidup di negara bukan Muslim yang memerangi Islam, dan negara bukan Muslim yang tidak memerangi Islam, tidak diperintahkan kepadanya untuk berbeza dengan bukan Muslim dalam upacara keagamaan yang bersifat luaran kerana padanya kemudaratan buatnya. Bahkan digalakkan atau diwajibkan baginya untuk kadang-kala menyertai upacara mereka sekiranya terdapat maslahah agama; untuk menyeru mereka kepada Islam, mendalamkan kefahaman terhadap upacara agama mereka untuk disampaikan kepada orang Islam atau mengelakkan berlaku kemudaratan kepada orang Islam dan sebab-sebab lain daripada tujuan-tujuan yang baik di sisi syarak.” Rujuk Iqtida’ al-Sirat al-Mustaqim, 1/53.
Begitu indah Islam ini yang sesuai untuk dipraktikkan dalam kehidupan multi-agama dan dalam masa yang sama, masih tegas di atas prinsip-prinsip syarak. Ia adalah salah satu bukti bahawa Islam bukanlah agama yang mengongkong, sebaliknya terbuka kepada kesesuaian hidup bermasyarakat yang berpandukan al-Qur’an dan al-Sunnah.

Penutup
Kesimpulannya, menghadiri pengebumian sahabat-sahabat atau ahli keluarga yang tidak memeluk Islam dan tidak memusuhi Islam, adalah dibolehkan dan tidak ada larangan padanya. Qiyas al-aula bagi perkara ini adalah jika memandikan, mengkafankan dan mengebumikan jenazah bukan Muslim pun dibolehkan olah syarak, maka sekadar menghadiri majlis pengebumian bukan Muslim, semestinya tidak menjadi satu kesalahan. Namun begitu, hendaklah dihindari daripada melibatkan diri dengan upacara keagamaan mereka. Kami juga menyarankan kepada masyarakat untuk tidak terburu-buru menghukum atau mengeluarkan pendapat yang boleh mengeruhkan keharmonian dan perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum dan agama. Wallahua’lam.