Solat Jamak ia didasarkan kepada hadis yang dilaporkan oleh Ibnu Abbas r.a,
صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ وَالْعَصْرَ جَمِيعًا وَالْمَغْرِبَ وَالْعِشَاءَ جَمِيعًا فِي غَيْرِ خَوْفٍ وَلَا سَفَرٍ
Maksudnya: Rasulullah s.a.w telah menunaikan Solat Jamak Zohor dan Asar serta Maghrib dan Isyak bukan dalam situasi takut (di medan perang dan lain-lain) dan tidak juga di dalam musafir.
Tatkala Ibnu Abbas ditanya alasan Rasulullah s.a.w melakukan demikian, Ibnu Abbas menjawab, “Dia tidak mahu ada seorang pun dari kalangan ummatnya yang merasa susah”.
Hadis ini direkodkan oleh Imam Bukhari dan Imam Muslim.
Ibn Mas’ud menambah dalam laporannya,
Aku (Rasulullah) berbuat demikian supaya umatku tidak berada didalam kesulitan.
Zahir hadis di atas menunjukkan Rasulullah s.a.w pernah melakukan solat jamak selain dalam musafir dan keadaan takut. Zahir hadis juga menunjukkan solat dijamak sahaja tanpa diqasarkan.
Jika solat boleh dijamakkan walaupun mempunyai sebab yang kecil, maka keharusan menjamakkan solat semasa sakit kuat adalah lebih utama.
Ibnu Qudamah al-Hanbali menjelaskan tentang hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim,
“Maksudnya: Kami telah sepakat bahawa jamak dua solat tidak dibolehkan tanpa ada suatu halangan.”
Pendapat Ibnu Qudamah adalah relevan dikaitkan dengan keharusan solat jamak bagi pesakit sebagaimana yang dijelaskan dibawah ini. Situasi yang dihadapi oleh pesakit merupakan halangan yang diiktiraf syarak. Oleh sebab itu mereka juga diharuskan menjamakkan dua solat bila mengalami sakit berat.
Ulama yang mengharuskan pesakit solat jamak ialah mazhab Maliki dan mazhab Hanbali.
Imam Ahmad menafsirkan hadis Ibnu Abbas sebagai rukhsah bagi pesakit dan ibu yang menyusu. Imam Ahmad juga memberi alasan lojik yakni jika musafir dibenarkan solat jamak, maka keadaan pesakit adalah lebih berat dari musafir. Oleh sebab itu keperluan mereka kepada solat jamak adalah lebih besar. Apa yang berbeza ialah pesakit hanya boleh menjamakkan dua waktu solat tanpa memendekkanny