1. Pantang larang orang tua-tua
Mencuci rambut dan membasahkan kepala
rupa-rupanya adalah salah satu dari pantang larang orang tua dulu-dulu.
Ketika haid, liang roma kepala dikatakan terbuka. Tindakan membasahkan
rambut ketika haid boleh menyebabkan sakit kepala. Kesan tidak
semestinya terus dirasai tetapi mungkin juga akan dirasai pada lewat
usia nanti. (sumber: sembang-sembang kawan)
2. Pantang larang kaum cina
Kaum Cina percaya jika kita membasahkan
kepala semasa haid, rahim akan menjadi sejuk dan mengecut. Sekaligus
menjadikan peredaran darah tidak lancar, kemungkinan darah beku dan
macam-macam lagi. Mereka juga percaya angin (sejuk) pada kepala berkait
secara langsung dengan rahim. Mereka percaya, tidak boleh membasahkan
kepala sepanjang tempoh haid. Jika terpaksa, rambut dan kulit kepala
perlu dikeringkan dengan segera. (sumber)
3. Pandangan doktor
Ketika didatangi haid, semua wanita
harus menjaga kebersihan tubuh dengan sebaiknyatermasuk kebersihan tubuh
dan rambut. Mencuci rambut ketika haid tidak akan mengakibatkan
sebarang gangguan malah dapat memberi rasa tenang kerana sentiasa bersih
dan wangi.
Gaya hidup yang sihat dan seimbang akan
mempengaruhi keseimbangan hormon yang juga berkait rapat dengan kitaran
haid. Jika terjadi haid yang tidak teratur, terlalu kerap, terlalu
banyak, atau gangguan lain, maka disarankan untuk segera bertemu doktor.
(sumber)
4. Pandangan agama
Tidak
ada dalil atau nas baik dari Al-Qur’an maupun hadith yang melarang
wanita yang sedang haid atau nifas untuk membasahkan kepalanya
(membersihkan rambutnya). Apa yang tidak dibolehkan adalah mandi dan
mencuci rambut dengan niat untuk menghilangkan hadas haid dan nifasnya,
sedangkan haid atau nifasnya belum selesai, kerana ini berkait rapat
dengan ibadah.
Kemungkinan, pandangan tidak bolehnya
membasuh rambut bagi wanita haid atau nifas itu muncul kerana bimbang
ada rambut yang akan gugur sedangkan rambut tersebut dimiliki oleh orang
yang berhadas. Pandangan tersebut tidak benar, kerana memotong rambut
dan kuku ketika haid atau nifas adalah dibolehkan. Ulama hanya
menganjurkan bagi orang yang sedang berhadas besar atau haid agar tidak
menghilangkan bahagian dari tubuhnya dengan sengaja sebelum mandi hadas
besar dilakukan. (sumber)
Penutup
Empat pandangan telah diberikan, jadi
terpulang kepada penerimaan masing-masing. Tidak salah mengikut pantang
larang kerana pasti ada kebaikannya, tapi pada masa yang sama jangan
sesekali mengabaikan kebersihan. Yang paling penting, ianya tidak
dilarang oleh agama.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber: Keluarga Sihat