Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, insyaallah akan menjadi
kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif.
Ketika ini, terasa betapa kehidupan adalah sangat berat.
Kenaikan harga barang, bencana tanah runtuh, persengkataan politik, dan
memuncaknya jenayah telah menjadi warna dominan didalam media cetak mahupun
elektronik.
Tips untuk
menghadapi ujian hidup dalam Islam
Saya ingin berkongsi dengan sahabat – sahabat semua tips untuk
menghadapi ujian hidup yang dianjurkan oleh agama Islam. Sebenarnya, paling
tidak, ada tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian hidup, iaitu :
o
Pertama, yakinlah bahawa ujian itu merupakan
ekspresi cinta Allah pada hamba-Nya.
Allah Swt memberikan cubaan agar kita menjadi lebih dewasa dan matang dalam
mengharungi kehidupan. Abu Hurairah r.a. berkata, bahawa Rasulullah bersabda, “Barang
siapa yang dikehendaki Allah menjadi orang yang baik maka dia akan diberi-Nya
cubaan.” (H.R.Bukhari).
o
Kedua, yakinlah bahawa semakin besar dan banyak
cubaan yang Allah turunkan kepada kita, makin besar pula pahala dan sayang
Allah yang akan dilimpahkan kepada kita. Dengan syarat, kita dapat
menyelesaikan setiap ujian hidup itu secara baik.
Anas r.a. berkata: Nabi saw. bersabda, “Sesungguhnya besarnya
pahala itu tergantung pada besarnya cubaan. Sesungguhnya apabila Allah Ta’ala
itu mencintai suatu kaum maka Dia mengujinya. Barang siapa yang rela
menerimanya, dia mendapat keredhaan Allah, dan barang siapa yang murka, maka
dia pun mendapat kemurkaan Allah” (H.R.Tirmidzi)
.
o
Ketiga, yakinlah bahawa ujian itu akan menghapuskan
dosa-dosa yang pernah kita kerjakan.
Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda: “Seorang
muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan,
dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan
kafarat (penebus) dari dosa-dosanya (H.R. Bukhari dan Muslim).
o
Keempat, selalulah untuk berfikir positif bahawa
apa – apa pun yang menimpa diri kita akan menjadi kebaikan.
Abu Yahya Shuhaib bin Sinan r.a. berkata, bahawa Rasulullah saw
bersabda: “Sungguh menakjubkan sikap seorang mukmin itu, segala keadaan
dianggapnya baik dan hal ini tidak akan terjadi kecuali bagi seorang mukmin.
Apabila mendapatkan kesenangan, dia bersyukur, maka itu lebih baik baginya, dan
apabila ditimpa penderitaan, dia bersabar, maka itu lebih baik
baginya.”(H.R.Muslim).
.
o
Kelima, yakinlah bahawa setelah kita ditimpa
kesulitan, maka akan ada kemudahan.
Fakta menunjukkan bahawa idea – idea yang hebat sering muncul
ketika kita berada di puncak kesulitan. Contohnya, banyak mahasiswa dapat
mengarang jawapan walaupun pada saat menghadapi soalan peperiksaan yang sukar.
( Saya sering mengalaminya ketika peperiksaan akhir semester).
Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Q.S. Alam
Nasyrah 94: 5- 6)
..
o
Keenam, selalu optimistik bahawa kita boleh
menyelesaikan setiap ujian hidup yang Allah berikan, kerana Allah tidak akan
memberikan ujian hidup di luar kemampuan hamba-Nya.
Optimis dapat melahirkan tenaga yang tersembunyi dalam diri kita,
kerana itu optimis boleh menjadi bahan bakar untuk
menyelesaikan segala persoalan.
Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai dengan
hambanya itu. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang
diusahakannya dan dia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya.”
(Q.S. Al-Baqarah 2 : 286).
o
Ketujuh, menghadapi ujian hidup dengan usaha dan
doa.
Kerah segala ikhtiar untuk menyelesaikan ujian hidup dan follow-up usaha
itu dengan doa.
Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan), maka kerjakanlah
dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah
hendaknya kamu berharap” (Q.S. Alam Nasyarh 94 : 7 – 8). Berdoalah kepada-Ku,
nescaya akan Aku kabulkan doamu.” (Q.S. Al-Mu’min 40: 60).
Itulah tujuh tips untuk menghadapi pelbagai ujian hidup.
Apa – apa pun perkara yang menimpa diri kita, Insyaallah ia akan menjadi
kebaikan kalau dihadapi dengan sikap positif, optimistik, ikhtiar yang maksimum dan
diikuti dengan doa.
Sesungguhnya pertolongan Allah akan turun kalau kita berada dipuncak
ujian. Untuk itu, jadikanlah ujian hidup sebagai tangga untuk meraih
pertolongan Allah SWT.
Sumber : akuislam