Bagaimana Mahu
Menjadi Wanita Cantik Menurut Islam
Golongan wanita
janganlah bimbang bahawa diri sendiri tidak cantik, bahkan berusaha keras
mencantikkan diri dengan pelbagai cara dan kaedah sehingga lari
“Dalam
syurga-syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik-cantik.”
Ar Rahman:70
Setiap
wanita pasti tak lepas dari keinginan untuk selalu kelihatan cantik. Tetapi
sebenarnya kebanyakan wanita masih tidak mengetahui akan makna kecantikan pada
pandangan al-Quran dan Islam, jadi bagaimana kecantikan dalam pandangan Islam
itu?
1# Wanita Yang Sentiasa Mencintai Allah Dan RasulNya
Wanita itu kelihatan cantik jika dia mencintai Allah SWT dan Rasulnya
lebih banyak daripada cintanya terhadap apapun di dunia ini.
Ini
kerana sekiranya cintanya pada Allah dan Islam telah kuat dan kukuh pasti
wanita tersebut melakukan setiap perkara dalam batasan yang termaktub dalam
agama.
Pendek
kata, seseorang wanita yang cantik itu tidak akan melakukan hal yang dilarang
dan dimurkai oleh Allah SWT.
2# Wanita Yang Teguh Menjaga Maruah Dirinya
Islam sangat mengangkat tinggi martabat wanita yang berpegang teguh
serta menjaga maruah dirinya. Ini termasuklah dalam hal menjaga auratnya,
pergaulannya serta pertuturannya yang bersesuaian dengan ajaran Islam.
Wanita
yang cantik pada pandangan Islam juga sangat malu dengan fitnah yang membuatnya
sangat berhati-hati dengan setiap tindakannya.
Jadi mana-mana wanita yang sentiasa menjaga maruahnya sudah tentulah
seorang wanita yang sangat cantik pada pandangan agama.
3# Wanita Yang Sentiasa Berzikir
Wanita
yang cantik luar dan dalam sudah tentu tidak bercakap kosong, apatah lagi
mengeluarkan kata-kata yang tidak disukai Allah, seperti makian atau kata
cercaan.
Oleh itu, wanita yang cantik akan sentiasa membasahkan lidah mereka
dengan zikrullah dan istighfar serta puji pujian kepada Allah SWT.
Bukankah
bahasa yang cantik itu datangnya dari hati yang cantik dan bersih? Maka, dari
situlah kecantikan yang hakiki itu muncul, bukannya dari alat solek yang mahal
atau berjenama.
4# Wanita Yang Bersederhana
Wanita
yang cantik tidak perlu berlebih-lebihan dalam sesuatu perkara, termasukah
dalam aspek berhias.
Ini
bermakna dia akan bersederhana dalam apa jua perbuatannya, seperti
pergerakannya, penampilannya serta perilakunya dalam kerja-kerja harian.
Allah
dan ajaran Islam tidak menyukai wanita yang melakukan hal-hal melampaui batas.
“Katakanlah,
‘wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri,
janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni
dosa-dosa semuanya, sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang’.”
Az- Zumar : 53
5# Wanita Yang Sentiasa Dalam Wudhuk
Sudah tentu setiap wanita akan kelihatan cantik apabila wajahnya sering
dibasuh dengan air wudhuk, apatah lagi jika lima kali sehari berwudhuk.
Selain
membasuhkan kulit wajah yang tercemar dengan debu-debu, wudhuk juga akan
menyerikan wajah seseorang dengan berkatnya yang tersendiri.
Dengan
itu sudah tentu wanita yang cantik tidak bimbang untuk membasuh muka mereka
dengan air wudhuk yang akan memadamkan hiasan di wajah, bahkan senang hati
untuk berada dalam keadaan berwudhuk.
Ini
juga membezakannya dengan golongan yang tidak pernah berwudhuk, pasti tidak
kelihatan ‘nur’ pada wajah mereka.
#6 Wanita Yang Menjaga Kesihatan
Bukan sahaja memiliki penampilan menarik, bersih, dan sopan santun,
seseorang wanita itu pasti akan kelihatan lebih cantik apabila dia sihat dan
cergas. Ini kerana wanita cantik pasti akan memelihara kesihatan dirinya dari
aspek fizikal dan mental.
Sebenarnya,
sangat penting untuk wanita itu menjadi sihat dan jauh dari apa-apa jua
penyakit demi menjalani tanggungjawab sehariannya, selain kelihatan lebih segar
dan bertenaga. Pastinya seorang yang sedang sakit atau kurang sihat itu
kelihatan pucat dan tidak bermaya, bukan?
Oleh itu, kecantikan yang dikatakan dalam Islam bukan dilihat pada
kecantikan fizikal semata-mata, tetapi kecantikan itu sebenarnya dari dalam
iaitu hati dan sikap seorang wanita itu.
Jadi,
golongan wanita janganlah bimbang bahawa diri sendiri tidak cantik, bahkan
berusaha keras mencantikkan diri dengan pelbagai cara dan kaedah sehingga lari
dari batas ajaran Islam.
Kecantikan
akhlak dan keindahan hati jualah yang sebaiknya berbanding dengan kecantikan
fizikal yang pasti akan pudar walau seiring dengan usia, InsyaAllah.
Sumber : tazkirah.net