Jus Semulajadi Untuk Mengurangkan Batuk Berterusan, Sangat Berkesan! Petua Dari Pakar Perubatan Cina..


Pasti ada antara kita yang pernah mengalami masalah batuk berpanjangan, dah cuba pelbagai ubatan kimia namun tidak berkesan atau lambat.

Kali ini admin ingin kongsikan satu cara mudah dan berkesan untuk merawat masalah batuk berpanjangan ini dengan menggunakan bahan semula jadi yang sudah pasti selamat.

Rawatan ini adalah petua daripada pengamal ubatan Cina untuk mengurangkan batuk masalah batuk berpanjangan, sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Cara-caranya.

1. Rendam buah oren atau limau dalam air garam selama 15 minit, 1 cawan air, 1 sudu teh garam mencukupi. (Langkah ini adalah pilihan masing-masing, ada yang buat, ada yang tak buat).

*Tujuannya hanya untuk membersihkan buah.


2. Potong bahagian atas oren seperti di dalam gambar dan tambah kira-kira 1/2 hingga 1 sudu teh garam atas permukaan yang dipotong. 

* Untuk hasil yang baik, dicadangakan guna garpu untuk cucuk-cucuk garam supaya masuk ke dalam buah oreng.

3. Letak oreng di dalam bekas seperti di dalam gambar, kemudian masukkan dalam bekas pengukus, kalau tidak ada pengukus cukup letak dalam periuk belangan yang mempunyai penutup. kukus selamat 15 minit.


4. Selepas kukus air akan terkumpul di dalam bekas yang ada limau tu, untuk elak pembaziran, perah sekali buah limau berkenaan, jus sedia digunakan, lagi bagus minum panas-panas.

*Boleh diganti dengan buah limau, tetapi rasanya akan pahit.

Apa sebenarnya yang ada pada oren dan limau ini?

Buah oren dan limau mempunyai manfaat meningkatkan aliran atau air liur, melembapkan mulut, memberi manfaat kepada paru-paruia, kedua-dua oren dan limau mempunyai fungsi membuat mulut dan tekak lembap. Oleh itu, mengurangkan rasa kerengsaan yang menyebabkan gatal atau batuk.

Buah oren dalam Perubatan Cina adalah natural dan manis, jadi oren menambah manfaat kepada perut dan limpa dan menyuburkan Yin daripada kedua-dua organ. Ini bermakna bahawa oren adalah baik untuk batuk yang kering, dan ia juga lebih selamat untuk kegunaan jangka panjang.

Bagi limau pula, ia amat manfaatnya tetapi rasanya lebih berasid dan pahit, dan ia juga mempunyai fungsi tambahan melembapkan paru-paru, menghentikan batuk, dan mengurangkan kahak.

Limau limau juga hangat dan lembap, penggunaan jangka masa panjang ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan perut dan beberapa gejala haba yang lain.

Secara ringkasnya, menggunakan buah limau dalam kaedah di atas adalah lebih baik dan berkesan untuk mengurangkan kahak dan berhenti batuk, tetapi ia tidak sesuai untuk kegunaan jangka panjang.

Sumber: Jes Tham

Labels: kesihatan, tips
Back To Top