MAKANAN
SUNNAH YANG PENTING DIMAKAN OLEH IBU HAMIL
Kehamilan
adalah saat yang ditunggu-tunggu oleh pasangan suami isteri. Makanan yang baik
dan berkualiti menyumbang kepada pembentukan janin yang sempurna. Makanan
sunnah yang penting dimakan oleh ibu hamil ini perlu diketahui. Ini kerana
,makanan yang mempunyai khasiat tertentu akan membantu dalam proses
perkembangan janin yang masih berada dalam kandungan ibu. Selain daripada
pengambilan supplement yang dibekalkan oleh klinik seperti Folid Acid, Vitamin
C, B Complex dan lain-lain lagi, ibu-ibu boleh mengamalkan makanan tambahan
lain seperti makanan sunnah yang telah diamalkan sejak berkurun lama.
Makanan sunnah yang penting
dimakan oleh ibu hamil.
1. Buah
Delima – Sangat tinggi antioksidan dan
merupakan penawar pelbagai jenis penyakit dengan izinNya. Buah delima dapat
melindungi otak bayi serta menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik. Ia
juga dapat mengurangkan morning sickness bagi
ibu trimester pertama.
2. Kismis – Mempunyai pelbagai khasiat seperti membersihkan perut, melancarkan
perjalanan darah, menbentuk tulang yang kuat dan mengelakkan sembelit.
3. Buah
Kurma – Kurma mengandungi antioksidan
yang dikenali sebagai tannin yang bersifat anti-infection,
anti-inflammation dan anti-haemorrhagic (pendarahan).
Kandungan potassium penting untuk sistem
saraf yang merangsang daya ingatan dan meningkatkan sistem pertahanan badan
khusus untuk mencegahbarah payu dara dan rahim.
4. Habbatussauda – Mengandungi Omega 3, 6 dan 9 yang membantu pertumbuhan bayi.
Selain itu, kalsium yang terdapat pada habbatussauda ini bagus untuk wanita
hamil serta asid lemak tambahan yang diperlukan untuk perkembangan otak bayi.
5. Saffron/
Za’faran – Khasiat utama ialah
merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika
dimakan bersama madu asli. Saffron juga membantu mendapatkan bayi yang comel,
cerah, gebu, sihat dan pintar.
6. Madu – Menambah tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung serta
mencegah dari penyakit diabetes, asma,
batuk dan selsema. Bagi bayi dalam kandungan pula, kandungan zat galian dalam
madu mampu membina dan menguatkan janin. Madu juga dapat menghindarkan bayi
dari terkena penyakit Hipatitis B.
7. Minyak
Zaitun – Menambahkan minyak zaitun
dalam diet bagi membantu penyerapan vitamin, mineral dan nutrien yang penting
untuk fetus selain mengatasi masalah sembelit yang
biasanya dialami ibu mengandung.
8. Buah
Tin – Buah Tin yang kering
membekalkan 6 kali lebih kalori daripada buah tin yang segar. Pengeringan buah
tin ini memekatkan nutrisi didalamnya. Dimana menjadikan ia lebih kaya dengan
pelbagai mineral dan zat galian tetapi rendah sodium. Antara
khasiatnya adalah seperti dapat menyingkirkan toksin, membersihkan hati dan
mengurangkan lendir dalam usus.
9. Daging
Kambing – Mengikut kajian, daging kambing
merupakan daging terbaik untuk jantung, obesity, mengurangkan
darah tinggi, mencantikan kulit dan mengurangkan tekanan (stress).
10. Air
Zam-Zam – Pelbagai manfaat untuk ibu
mengandung jika mengamalkan air zam-zam semasa proses kehamilan. Diantaranya
melancarkan peredaran darah, menghilangkan rasa letih dan menguatkan lapisan
rahim.
11. Minyak
Kelapa Dara – Kandungan Lauric Acid dalam susu ibu akan bertambah 3 kali
ganda jika diamalkan ketika proses kehamilan. MKD berupaya memperbaiki
kandungan asid di dalam rahim serta mengimbangi paras hormone wanita yang
sentiasa berubah-ubah.
12. Buah
Kelapa/ Air Kelapa Muda – Sifat air kelapa muda
yang mengandungi nutrisi dan oksigen yang menyerap sel-sel tubuh dapat membantu
memperbaiki simptom-simptom heartburn ke
tahap yang lebih selesa kepada ibu hamil yang mengamalkannya. Air kelapa muda
mampu meningkatkan kolestrol baik (HDL) dalam system tubuh.
13. Susu
Kambing – Susu kambing mengandungi kalsium
yang sangat tinggi. Selain itu, susu kambing dapat menghasilkan kulit bayi yang
cantik. Pasti semua ibu mengandung suka melihat bayi yang bersih dan cantik
serta bebas dari pelbagai penyakit. Amalan minum susu kambing diawal kehamilan
dapat membantu bayi jauh daripada risiko penyakit kulit.
Ini adalah
diantara makanan sunnah yang penting dimakan oleh ibu hamil untuk mendapatkan
khasiat dan kelebihan bagi ibu dan anak yang bakal dilahirkan.