5 Manfaat Buah Delima Untuk Wanita Hamil


1# Membantu Peredaran Darah.
Buah delima baik untuk jantung dan membantu mengurangkan tekanan darah tinggi kerana ia mengandungi Phytochemical Compounds.

2# Kaya Dengan Vitamin C.
Ibu mengandung memerlukan banyak vitamin C untuk membesarkan bayi di dalam perut. Buah delima ternyata mempunyai kandungan vitamin C dan kajian mengatakan buah delima memberi kesan positif ke atas kesihatan tulang sesuai untuk tumbesaran bayi.

3# Kaya Dengan Antioksidan.
Buah delima mengandungi lebih banyak antioksidan daripada teh hijau dan
anggur. Antioksidan menstabilkan radikal bebas yang merosakkan sel tubuh.

4# Baik Untuk Kulit.
Buah delima mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit seperti membantu dalam melembabkan kulit, mengurangkan jerawat dan
menggalakkan pertumbuhan semula sel yang sihat.

5# Merawat Keguguran Rambut
Mengambil buah/jus delima secara berkala boleh menguatkan
akar rambut. Hal ini boleh mengelakkan masalah keguguran
rambut dan memberikan rambut yang lebih sihat.

*Buah atau Jus Delima tidak boleh diambil sekiranya anda Selsema, Batuk, Cirit Birit atau penyakit berkaitan.

*Buah delima mempunyai anti-oksida yang merendahkan tekanan darah.
Sekiranya anda sedang mengambil ubat tekanan darah dari doktor
tidak boleh mengambil jus/buah delima kerana akan menyebabkan
tekanan darah yang sangat rendah.

Teks Oleh : Razzlyn Rosli
Rujukan 1 : www.woolworthsbabyandtoddlerclub.com.au dan pamadedia.com
Foto : blog.sousvidesupreme.com dan BBC Good Food.

Labels: kesihatan, tips
Back To Top