Kebaikan Labu Kuning Untuk Kesihatan



Labu Kuning. Tahukah anda bahawa labu kuning juga memiliki sejuta kebaikan untuk kesihatan.

Labu kuning yang masak mempunyai berat yang boleh mencecah 5 kg!Warna kuning atau oren pada isi buahnya adalah menandakan bahawa labu kuning mempunyai kandungan karotenoid yang tinggi.

Labu kuning yang sudah masak mempunyai kandungan nutrisi yang cukup lengkap seperti, karbohidrat, protein, lemak, mineral (kalsium, pospor, besi, natrium, kalium, tembaga dan zinc), beta karoten, tiamin, niacin, serat, dan vitamin C.

Sejuta Kebaikan Labu Kuning

Zat yang paling hebat dalam labu kuning adalah beta karoten sebagai sumber vitamin A untuk menjaga kesihatan mata, mencegah katarak, mencegah pertumbuhan sel kanser dan menyihatkan sistem peranakan. Buah labu juga kaya dengan vitamin C yang sangat diperlukan tubuh sebagai antioksidan penangkis radikal bebas.

Manfaat lain daripada labu kuning adalah kandungan seratnya yang tinggi, yang bermanfaat untuk melancarkan sistem penghadaman. Di samping itu, kandungan lemak sihat dalam labu kuning juga dapat membantu menurunkan kolesterol jahat dalam darah.

Manakala biji labu kuning juga mengandungi mineral seperti zinc dan magnesium yang sangat penting untuk kesihatan organ peranakan terutama kelenjar prostat.

Senyawa ini dapat membantu mengecilkan pembesaran prostat dan meningkatkan produksi testosteron, sehingga dapat membantu meningkatkan kesuburan lelaki. Biji labu ini juga kaya akan omega-3 yang membantu aliran darah ke otak.Selain itu, labu kuning juga mengecilkan pembesaran prosatat.

Selain itu labu kuning juga mengandungi lemak utama, aitu asid linoleat, asid oleat dan sedikit asam linolenat. Di samping itu, di dalam labu kuning terdapat juga vitamin E (tokoferol) dan karotenoid iaitu lutein dan beta karoten juga ada di dalam isi bijinya.

Labu kuning dipercayai dapat membantu mengatasi peradangan, meningkatkan daya ketahanan tubuh, mencegah penyakit jantung, membantu mengatasi migraine, memelihara kesegaran kulit, mencegah osteoporosis.

Jom SHARE artikel ini.

Sumber: wom.my

Labels: kesihatan, semasa, tips
Back To Top