Bahaya! Hentikan Kegemaran Bakar Roti Hingga Garing



Roti bakar menjadi salah satu menu ringkas untuk santapan kita semua kan. Ada di antara kita suka membakar sehingga garing kerana ingin menikmati kerangupan maxima. Tapi tahukah anda berdasarkan kajian Food Standarts Agency (FSA), roti hanya perlu diolah hingga tahap keemasan sahaja.

Elakkan membakar roti hingga warna coklat apa lagi sehingga garing terbakar. Ini kerana gaya pengambilan terbabit sangat berbahaya kerana akan menyebabkan kanser.

Menurut kajian, makanan yang dimasak atau digoreng terlalu lama dengan suhu yang tinggi akan menghasilkan acrylamide yang berbahaya untuk kesihatan.

Acrylamide terhasil ketika proses membakar, memanggang dan mengoreng pada suhu yang tinggi. Acrylamode juga merupakan racun untuk DNA dan antara punca kanser.


Sumber www.dailymail.uk

Labels: kesihatan, semasa, tips
Back To Top