Buka Puasa Dengan Mengambil Minuman Bergas Menyebabkan Kerosakkan Buah Pinggang



Sebagai Umat Islam kita diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan. Kerana ia merupakan rukun islam. Namun bagi kita yang penat berpuasa pasti akan mencari minuman yang pasti memberikan tenaga ketika berbuka. Tambahan pula dengan iklan yang mengugat keimanan seperti cocacola dan 100 plus serta lain-lain yang sentiasa ada di televisyen.

satu hebahan menjadi viral dilaman sosial mengenai pesanan doktor supaya jangan mengambil minuman bergas ketika berbuka puasa kerana boleh mengakibatkan kerosakkan buah pinggang berikut berita yang dikatakan:

Assalamu'alaikum, Doktor Fazly Sanusi Ketua "SIUT" Hospital Awam Putrajaya, yang merupakan seorang pakar buah pinggang terkemuka telah merayu kepada semua orang tidak minum minuman sejuk seperti Pepsi, Coca Cola, 7Up dan lain-lain pada masa berbuka.

Ini kerana setelah berpuasa seharian menyebabkan buah pinggang dehidrasi dan meminum minuman sejuk dan bergas secara tiba-tiba akan menyebabkan buah pinggang gagal berfungsi. Jadi jangan minum apa-apa minuman sejuk dan bergas semasa berbuka.Minum air atau jus selain dari minuman bergas. Sila share kepada keluarga anda, rakan-rakan dan orang tersayang.


Sumber: Detik Islam

Back To Top