Tips Mudah Mendidik Kanak-Kanak Suka Makan Sayur

Kongsikan di

Sememangnya sayur merupakan makanan yang banyak menyumbang kepada kebaikan kesihatan. Namun rasanya yang pahit menyebabkan segelintir kanak-kanak tidak menggemari apatah lagi dimasukkan ke dalam makanan harian mereka.

Jadi, perkara sebegini amat membimbangkan terutamanya di kalangan ibu bapa apabila mereka melihat sejak kecil lagi sayur seperti menjadi musuh mereka. Jadi, terdapat beberapa cara yang boleh menggalakkan kanak-kanak suka makan sayur.

1) Hidangkan

Berusaha untuk menghidangkan sayur dan buah ketika sajian utama dan snek (sebelum atau selepas). Sejukkan buah dan sayur yang telah dipotong ke dalam beg plastik kecil atau bekas agar mudah dicapai oleh mereka.

2) Jadi kreatif

Gunakan kreativiti anda untuk membuatkan makanan lebih menarik dan menyeronokkan. Potong sayur dan buah menjadi bentuk istimewa seperti kiub atau batang mancis. Anda juga boleh mengisar dan mencampurkan ke dalam hidangan yang lain. Hiaskan pinggan makan dengan cantik menggunakan sayur dan buah yang berlainan warna.

3) Pelbagaikan cara masakan anda

Cuba pelbagaikan gaya masakan anda. Untuk kelainan, selang-selikan di antara masakan yang mudah, memanggang serta menghidangkan sayur-sayuran dan buah-buahan segar. Anda juga boleh menghidangkan buah atau salad yang telah disejukkan.

4) Libatkan anak anda

Galakkan anak anda membantu semasa membeli, menyedia dan memasak makanan. Beri peluang kepada mereka memilih buah-buahan dan sayur-sayuran, memotong bawang dan sayur dengan menggunakan peralatan yang selamat serta membantu mengacau masakan.

5) Jadilah contoh yang baik

Kanak-kanak memerhatikan sikap anda terhadap makanan. Makanlah sayur dan buah bersama mereka di meja makan dan galakkan perbualan mengenai rasa, bau dan rupa makanan tersebut.

Memang pada awalnya agak sukar untuk mendidik anak-anak menggemari makanan seperti sayur. Walaubagaimanapun sebagai seorang ibu, kita harus memikirkan tentang kreativiti dalam menjadikan makanan tersebut lebih menarik disamping terdapat sayur dalam makanan tersebut. Boleh mulakan dengan sayur seperti lobak merah, timun dan sebagainya.

SUMBER
loading...

0 Response to "Tips Mudah Mendidik Kanak-Kanak Suka Makan Sayur"

Post a Comment