Pada asasnya, zakat fitrah dibayar dengan makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan.
Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry yang bermaksud:
Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah SAW sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hambansatu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang syair atau satu gantang tamar atau atau gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadah haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar.
Dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata, “Aku berpendapat bahawa satu cupak gandum Syam menyamai satu gantang tamar.”
Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata, “Aku tetap mengeluarkannya sebagaimana yang mula-mula.” (Riwayat Muslim)
Pada tahun 2003, Fatwa Kebangsaan Malaysia yang mazhab rasminya adalah Mazhab Syafie telah menerimapakai pendapat bahawa membayar zakat fitrah dengan nilaian wang adalah dibolehkan.
HUKUM BAYAR ZAKAT FITRAH SECARA ONLINE
Menurut info dari Pusat Zakat Melaka, zakat seseorang sah di sisi syariat apabila berlaku dua perkara, iaitu niat berzakat dan pemindahan harta zakat.
Maka, apabila berzakat menerusi medium seperti di atas iaitu SMS atau secara internet banking, niat sudah berlaku dan pemindahan pegangan harta (wang) juga telah berlaku.
Maka, sahlah zakat tersebut. Hukum berzakat dengan cara ini adalah harus.
Ini diletakkan atas sandaran bahawa Islam adalah agama yang meraikan perubahan. Inilah manifestasi fleksibeliti dalam Islam. Dengan adanya teknologi dan inovasi baru ini banyak membantu kita melaksanakan ibadah agar menjadi lebih mudah, seperti dalam firmannya:
“Allah mengkehendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak mengkehendaki kesukaran bagi kamu,” (al-Baqarah: 185).
CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE MELALUI MAYBANK2U
Berikut adalah cara membuat bayaran zakat fitrah melalui Maybank2u
1. Login
2. Pilih ‘Bill Payment’
3. Klik ‘Make a one-off payment’
4. Pada bahagian ‘Category’ pilih ‘Zakat & Charity’
5. Pilih senarai Pusat Zakat mengikut negeri yang anda duduki.
6. Pada bahagian ‘Type of zakat’, pilih ‘Zakat Fitrah’ dan masukkan jumlah nilai yang ingin dibayar.
Buat masa ini hanya Lembaga Zakat Selangor yang boleh membayar zakat fitrah secara online.
Pusat Zakat negeri lain dalam senarai di bawah hanya menerima jenis zakat lain seperti zakat emas, zakat pendapatan, atau zakat harta.
CARA BAYAR ZAKAT FITRAH ONLINE MELALUI CIMB CLICKS
Berikut adalah cara membuat bayaran zakat fitrah melalui CIMB Clicks
1. Login
2. Pilih ‘Enter Billers’ Name’
3. Pilih ‘Lembaga Zakat Selangor’ (Hanya Selangor yang mengaktifkan kod ‘zakat fitrah’ secara online melalui CIMB Clicks.)
5. Masukkan jumlah nilai yang ingin dibayar & Jenis Kod Zakat – Fitrah
(Rujuk kadar zakat negeri anda di sini: Kadar Zakat Fitrah 2016 Mengikut Negeri Di Malaysia)
(Rujuk kadar zakat negeri anda di sini: Kadar Zakat Fitrah 2016 Mengikut Negeri Di Malaysia)
PERLUKAH MELAFAZKAN AKAD?
Di dalam amalan berzakat, ramai juga umat Islam yang terkeliru. Adakah akad iaitu lafaz niat dan lafaz terima itu satu kewajipan?
Ini kerana, zakat adalah ibadah wajib yang tidak mensyaratkan akad sebagai syarat sah.
Maka, hukum akad dalam amalan zakat adalah sunat sahaja.
LAFAZ NIAT & DOA ZAKAT FITRAH
نَوَيْتُ أَنْ أُخْرِجَ زَكَاةَ الْفِطْرِ عَنِّىْ وَعَنْ جَمِيْعِ مَا يَلْزَمُنِىْ نَفَقَاتُهُمْ شَرْعًا فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى
NAWAITU AN UKHRIJA ZAKAATAL FITHRI ‘ANNII WA’AN JAMII’I MAA YALZAMUNII NAFAQOOTUHUM SYAR’AN FARDHOL LILLAAHI TA’AALAA
Sahaja aku mengeluarkan zakat atas diriku dan atas keluargaku yang diwajibkan memberi nafkah pada mereka secara syari’at, fardhu karena Allah Ta’aala.
Bacaan Doa Niat Membayar Zakat Fitrah
ALLAHUMMAJ ‘ALNAA MAGHNAMAN, WALAA TAJ’ALHAA MAGHRAMAN
Ya Allah jadikanlah ia sebagai simpanan yang menguntungkan dan jangan jadikanlah ia pemberian yang merugikan.
ADA TEKNOLOGI, TIADA ALASAN LAGI!
Dengan adanya teknologi kini, tiada alasan lagi untuk kita lewat menunaikan zakat fitrah.
Namun, bagi mereka yang terlupa menunaikan zakat fitrah sehingga terbenamnya matahari, iaitu apabila masuk hari kedua Syawal, maka dikira berdosa dan wajib mengqadakannya.
Ini bermaksud, seseorang itu masih wajib mengeluarkan juga zakat fitrah itu walau setelah luput hari pertama Syawal dan zakatnya itu pada masa tersebut dikira qada.
Sumber: Sirap Limau