SOALAN :
Bolehkah wanita menggunakan sangul dan rambut palsu?
JAWAPAN :
Pada hari ini terdapat banyak aksesori rambut wanita dijual di pasaran. Terdapat pelbagai jenis dan bentuk yang mudah digayakan. Ada sanggul dan rambut palsu yang dilekatkan dengan penyepit rambut yang mudah disematkan pada rambut.
Penggunaan sanggul palsu dan rambut palsu adalah dilarang dipakai oleh wanita Islam kerana pemakaiannya termasuk dalam kategori menyambung rambut. Walaupun rambut tersebut tidak bersambung terus, tetapi dengan mnyematnya pada rambut, ia dilihat lebih panjang dari rambut sebenarnya dan ia kelihatan seperti rambut asli wanita yang memakainya.
Sesungguhnya, Rasulullah SAW melaknat wanita yang menyambung rambut dan wanita yang meminta untuk disambungkan rambutnya. Oleh yang demikian, wanita mestilah menjauhi perbuatan yang dilarang dan dilaknat oleh Allah SWT.
Namun begitu, apabila wanita tidak mempunyai rambut atau kepalanya botak, maka dibolehkan baginya menggunakan rambut palsu. Tujuan memakainya adalah untuk menutup aib wanita yang berkepala botak. Menutup aib hukumnya dibolehkan. Akan tetapi sebaik-baiknya wanita wajib memakai tudung jika keluar rumah. Jika mahu memakai rambut palsu di hadapan suami, dibolehkan tetapi diharam jika berlebih-lebihan.
Rujukan :
Wanita Dalam Islam - Kemusykilan & Panduan
Wanita Dalam Islam - Kemusykilan & Panduan
Diterbitkan oleh :Illusion Network