Hukum Wanita Memakai Kasut Tumit Tinggi


SOALAN :
Apakah hukum wanita yang suka memakai kasut bertumit tinggi?
JAWAPAN :
Perbuatan wanita yang memakai kasut bertumit tinggi adalah harus selagi tidak memudaratkan wanita tersebut.
          Jika wanita memakai kasut tumit tinggi dan menyebabkan kesan negatif kepada kesihatannya sebagaimana yang telah dinyatakan oleh para doktor, maka haram baginya memakai kasut tumit tinggi kerana memudaratkan kesihatan.
       Jika tiada sebarang masalah dan tidak mendatangkan kesan kepada kesihatan, hal ini tiada larangan dan masalah. Namun begitu, jika pemakaian kasut tumit tinggi menarik perhatian lelaki bukan mahram akibat bunyi yang kuat ketika berjalan, maka elakkanlah daripada memakainya kerana berjaya menarik perhatian lelaki bukan mahram. Hal ini boleh menimbulkan fitnah dan juga mendekatkan kepada maksiat.
Rujukan : 
Wanita Dalam Islam - Kemusykilan & Panduan 
Diterbitkan oleh :Illusion Network
No. 40A, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, Tadisma Business Park, 
40100 Shah Alam, Selangor.

Labels: islamik, tazkirah
Back To Top