Hakikatnya,berdoa perlu ada adabnya.Dalam berdoa,satu dari adab yg tidak boleh ditinggal ialah mengucap selawat ke atas nabi dalam doanya kerana Ali bin Abu Talib menyebutkan
كل دعاء محجوب حتى يصلى على النبي صلى الله عليه وسلم
“Semua doa itu terhalang, sampai dibacakan selawat untuk Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam”H.R. Thabarani]
Syekh Albani menegaskan bahawa apa yg disebut ini adalah dari nabi dan darjatnya hasan
وخلاصة القول أن الحديث بمجموع هذه الطرق والشواهد لا ينزل عن مرتبة الحسن إن شاء الله تعالى على أقل الأحوال
“Kesimpulannya, bahwa hadits di atas dengan seluruh jalur dan penguatnya, sekurang-kurangnya tidak turun dari derajat hasan, insyaallah.
Dalam hadis lain,disebut
“Sesungguhnya doa itu terhenti antara langit dan bumi, tiada naik barang sedikit pun darinya, sehingga engkau berselawat kepada nabimu.” (HR. Tirmidzi)
Jelas bahawa berselawat ke atas nabi itu ibarat sesuatu yg wajib dalam doa untuk memenuhi adab dan juga bagai syarat untuk doa diangkat ke sisi Allah.Pilihlah mana-mana lafaz selawat kepada rasulullah untuk dimasukkan dalam doa dipermulaan atau diakhirnya atau yg terbaik diawal dan penutup doa.
Meskipun lafaz doa kita dalam bahasa Melayu,selitkanlah selawat kpd nabi dlm lafaz asalnya dlm bahasa arab,moga doa kita, dengan air mata yg tergenang,mengalir dan tertitis,tangan yg tinggi diangkat ke langit,bisikan lidah dengan kalimah penuh syahdu, tidak sia-sia kerana tidak terangkat kesisi Allah disebabkan tidak disertai selawat kpd Rasulullah.
Seringkas mana pun doa kita,jangan hingga tidak berselawat ke atas nabi.
Wallahua'lam.
Sumber: Skykotak Power