Petua Hilangkan Batuk. Adakah anda menderita batuk yang berpanjangan? Bukan setakat seminggu dua, sebaliknya berbulan-bulan! Baca Petua Hilangkan Batuk di sini…
Batuk yang menjadi-jadi sangat merimaskan. Bukan setakat menganggu aktiviti seharian, bahkan tidur anda pun boleh terganggu hanya kerana disebabkan oleh penyakit batuk ini.Apakah punca utama batuk yang berterusan sehingga kadang kala terjadinya batuk bersama kahak ini?
Antara sebab-sebabnya adalah:
Demam selsema.
Merokok atau habuk, penyakit lelah.
Jangkitan saluran pernafasan.
Penyakit paru-paru.
Kelemahan jantung.
Batuk terbahagi kepada dua jenis iaitu:
1. Batuk kering iaitu batuk yang tidak menghasilkan kahak tetapi menyebabkan tekak berasa gatal.
2. Batuk berkahak iaitu batuk yang menghasilkan kahak dan menyebabkan dada terasa penuh dan sukar bernafas.
Petua Menghilangkan Batuk Bagi Bayi Dan Kanak-Kanak:
Madu Asli
Berikan anak anda satu sudu kecil madu dengan menggunakan sudu plastik untuk mengekalkan zat madu tersebut. Sekiranya madu itu pekat,anda bolehlah campurkan ia dengan air sedikit.
Kunyit Hidup
Dapatkan serbuk kunyit hidup dengan menggosoknya di permukaan yang kasar. Kemudian serbuk kunyit itu dicampurkan dengan minyak masak dan disapukan di dada bayi.
Bawang Putih
Bakarkan bawang putih seketika dan campurkan bawang putih yang telah dibakar itu dengan sedikit lada hitam dan minyak masak. Kemudian sapukan pada dada anak anda.
Daun Bunga Tahi Ayam
Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir. kemudian sapu pada tengkuk dan dada anak anda.
Daun Kaduk
Ramas daun kaduk dengan kapur sirih dan sapukan pada dada dan perut anak anda
Pucuk Ubi
Ambil sedikit pucuk ubi dan sedikit kapur sirih dan ramaskan sehingga keluar air. Ambil air tersebut dan sapukan dileher dan dada.
Gula Melaka
Pecahkan gula melaka kepada bahagian kecil seperti gula-gula dan berikan pada anak anda untuk dimakan.
Kismis
Sekiranya anak anda sudah pandai mengunyah,berikan dia makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari.
Petua Menghilangkan Batuk Untuk Dewasa
Petua 1
Campurkan perahan air limau nipis bersama madu. Kemudian, bancuh bersama secawan air suam. Amalkan setiap pagi sehingga batuk dan kahak anda hilang.
Petua 2
Halia dan lemon dibersihkan dan buang kulitnya. Selepas itu,hiris nipis-nipis dan masukkan kesemuanya di dalam satu bekas yang berisi madu. Pastikan bekas itu ditutup rapat. Kemudian,masukkan bekas tersebut di dalam peti sejuk. Hasilnya halia,lemon dan madu tersebut akan menjadi likat seperti agar-agar dan ia dapat selama 2 hingga 3 bulan di dalam peti sejuk.
Jika anda mahu menggunakannya,masukkan satu sudu madu ini ke dalam gelas berisi air suam. Kacau sehingga rata dan minum. Amalkan dua hingga tiga kali sehari sehingga batuk anda sembuh.
Petua 3
Belahkan limau nipis dan perahkan sehingga keluar air. Kemudian,campurkan perahan limau nipis itu bersama kicap dan madu. Minum tiga kali sehari sehingga sembuh.
Petua 4
Tumbukkan sedikit halia hingga lumat.Kemudian, campurkan halia tersebut bersama madu dan perahan limau nipis.
Petua 5
Ambilkan 8 helai daun pudina dan rebus bersama beberapa ketul gula batu selama 5 minit. Akhir sekali,minum air rebusan tersebut sekerap mungkin.
Petua 6
Bakar bawang putih selama 2 minit. Kemudian, kupaskan kulit bawang berkenaan dan makan 2 ulas pada waktu malam.
Sumber: wom.my