6 Perkara Perlu Tahu Sebelum Sunat Bayi Perempuan



Berikut adalah 6 perkara yang anda perlu tahu sebelum sunat bayi perempuan di Malaysia.

1. Hukumnya Dalam Islam

Terdapat beberapa pendapat utama dalam hukum sunat bayi perempuan yang dibahaskan dalam konteks Malaysia dan Mazhab Syafie – iaitu wajib, sunat, dan ada juga yang mengatakan ianya harus. Walaubagaimanapun, ia tidak diberatkan sekiranya terdapat halangan mahupun kemudaratan bagi anak tersebut.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation) bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Namun, sekiranya ia boleh membawa kemudaratan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

2. Bila Umur Paling Sesuai?

Kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai sunat bayi perempuan. Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang.

Menurut pembacaan, ada klinik yang mempunyai polisi tertentu mengikut kepakaran mereka. Ada yang hanya mengambil bayi berusia 3 bulan ke bawah dan ada juga yang hanya menerima bayi berusia 6 bulan ke atas.

Ini kerana, lebih kecil anak, cara penjagaannya adalah lebih mudah. Tambahan pula, mereka hanya minum susu ibu dan masih belum makan. Jadi, tak perlu nak fikirkan tentang makanan yang perlu ‘pantang’ dan sebagainya. Sebaliknya, apabila anak semakin besar, mereka sudah semakin aktif dan mungkin perlu lebih perhatian untuk menjaga lukanya.

Sebaliknya, jika anak perempuan sudah besar tentulah mereka akan mula berasa malu untuk menjalani prosedur ini. Maka, jika belum disunatkan pada usia yang meningkat remaja, anda bolehlah berbincang dengan doktor sama ada ianya sesuai dilakukan. Jika dibimbangi mendatangkan kecederaan, maka tidaklah ia diberatkan terhadapnya.

3. Prosedurnya Cepat

Berkhitan anak perempuan berbeza dengan anak lelaki di mana prosesnya lebih mudah dan cepat. Prosesnya melibatkan memotong sebahagian kecil selaput daging pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris. Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin agar tidak akan mencacatkan mahupun mencederakan.

Para ulama juga menegaskan bahawa khitan perempuan tak boleh dilakukan secara berlebihan, seperti memotong atau melukai klitoris sehingga boleh mengakibatkan kemudaratan.

Kalau diikutkan, prosedurnya akan berlangsung hanya sekitar 3 minit atau kurang. Ia menggunakan peralatan perubatan moden dan selalunya bayi tidak dikenakan suntikan bius, kecuali jika anak perempuan tersebut sudah menginjak usia kanak-kanak.

4. Persediaan Ibu Bapa

Untuk membawa anak perempuan berkhitan, ibu bapa perlu memastikan keadaan kesihatan bayi adalah baik. Maksudnya, tangguhkan dahulu sekiranya anak demam, batuk, atau mempunyai masalah kesihatan lain.

Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan berkaitan kesesuaian umur anak dan keadaan kesihatan semasanya. Sebaiknya, carilah doktor yang berpengalaman dan mahir mengendalikan proses ini.

Selain daripada itu, biasanya pihak klinik akan memberitahu ibu bapa supaya memakaikan lampin baru sebelum memulakan. Kalau nak senang, bolehlah tukar siap-siap di rumah sebelum bertolak.

5. Cara Penjagaan

Berbanding berkhatan lelaki, sunat anak perempuan ini biasanya mengambil masa yang amat cepat untuk pulih. Malah, ada bayi perempuan yang boleh bergerak aktif walaupun baru selepas dikhitankan.

Lazimnya selepas ditahan dengan kapas, darah sudah tidak mengalir lagi dan anda tidak perlu risau jika bayi nampak selesa dan aktif seperti biasa.

Sekadar berkongsi pengalaman sendiri, saya telah mengkhatankan anak perempuan saya selepas selesai tempoh berpantang di sebuah klinik swasta yang terletak di Shah Alam. Cara penjagaan adalah seperti menjaga luka biasa. Doktor memberitahu saya agar menekankan faktor kebersihan, terutamanya dalam hal menukar lampin. Bayi tidak banyak meragam, cuma mungkin nampak sedikit keletihan. Namun, hanya dalam 1-2 hari, bayi sudah kelihatan aktif dan ceria.



“Bila patut bawa Aira bersunat? Lagi awal lebih bagus atau tunggu dia besar sikit? Aduh, macam ngeri pula dengar. Sakit tak kalau sunat bayi perempuan ni ya?”

Bagi ibu bapa yang baru mendapat anak perempuan, ini salah satu persoalan yang semestinya akan timbul dalam kepala. Bila sebut tentang sunat anak lelaki, rasa ‘normal’ saja mendengarnya. Tapi, kalau sunat anak perempuan masih ada segelintir yang was-was tentang prosedurnya.

Berkhitan / berkhatan / bersunat adalah proses yang melibatkan hanya pemotongan sebahagian kulit pada bahagian atas faraj. Bahagian yang dipotong itu sangatlah kecil sebenarnya. Ia sama sekali berbeza dengan proses berkhatan bagi lelaki.
Foto Kredit: behance.net

Foto Kredit: behance.net
7 Perkara Perlu Tahu Sebelum Sunat Bayi Perempuan

Berikut adalah 7 perkara yang anda perlu tahu sebelum sunat bayi perempuan di Malaysia.
1. Hukumnya Dalam Islam

Terdapat beberapa pendapat utama dalam hukum sunat bayi perempuan yang dibahaskan dalam konteks Malaysia dan Mazhab Syafie – iaitu wajib, sunat, dan ada juga yang mengatakan ianya harus. Walaubagaimanapun, ia tidak diberatkan sekiranya terdapat halangan mahupun kemudaratan bagi anak tersebut.

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-86 yang bersidang pada 21 – 23 April 2009 telah membincangkan Hukum Pemotongan Genitalia Wanita (Female Genital Mutilation) bersetuju memutuskan bahawa hukum berkhatan bagi wanita adalah wajib. Namun, sekiranya ia boleh membawa kemudaratan pada diri, maka ia perlu dielakkan.

hukum-sunat-perempuan-buletin-attawqa-bil20

Daripada Buletin At-Taqwa Bil 20, Jabatan Mufti Negeri Selangor
2. Bila Umur Paling Sesuai?

Kebanyakan doktor berpendapat umur seawal mungkin adalah yang lebih sesuai sunat bayi perempuan. Selalunya, pasangan akan membawa bayi mereka untuk disunatkan selepas selesai tempoh berpantang.

Menurut pembacaan, ada klinik yang mempunyai polisi tertentu mengikut kepakaran mereka. Ada yang hanya mengambil bayi berusia 3 bulan ke bawah dan ada juga yang hanya menerima bayi berusia 6 bulan ke atas.

Ini kerana, lebih kecil anak, cara penjagaannya adalah lebih mudah. Tambahan pula, mereka hanya minum susu ibu dan masih belum makan. Jadi, tak perlu nak fikirkan tentang makanan yang perlu ‘pantang’ dan sebagainya. Sebaliknya, apabila anak semakin besar, mereka sudah semakin aktif dan mungkin perlu lebih perhatian untuk menjaga lukanya.

Sebaliknya, jika anak perempuan sudah besar tentulah mereka akan mula berasa malu untuk menjalani prosedur ini. Maka, jika belum disunatkan pada usia yang meningkat remaja, anda bolehlah berbincang dengan doktor sama ada ianya sesuai dilakukan. Jika dibimbangi mendatangkan kecederaan, maka tidaklah ia diberatkan terhadapnya.
sunat bayi perempuan

Foto Kredit: parents.fr
3. Prosedurnya Cepat

Berkhitan anak perempuan berbeza dengan anak lelaki di mana prosesnya lebih mudah dan cepat. Prosesnya melibatkan memotong sebahagian kecil selaput daging pada bahagian atas saluran kencing yang menutupi klitoris. Ini patut dilakukan sesedikit yang mungkin agar tidak akan mencacatkan mahupun mencederakan.

Para ulama juga menegaskan bahawa khitan perempuan tak boleh dilakukan secara berlebihan, seperti memotong atau melukai klitoris sehingga boleh mengakibatkan kemudaratan.

Kalau diikutkan, prosedurnya akan berlangsung hanya sekitar 3 minit atau kurang. Ia menggunakan peralatan perubatan moden dan selalunya bayi tidak dikenakan suntikan bius, kecuali jika anak perempuan tersebut sudah menginjak usia kanak-kanak.
Foto Kredit: vice.com

Foto Kredit: vice.com
4. Persediaan Ibu Bapa

Untuk membawa anak perempuan berkhitan, ibu bapa perlu memastikan keadaan kesihatan bayi adalah baik. Maksudnya, tangguhkan dahulu sekiranya anak demam, batuk, atau mempunyai masalah kesihatan lain.

Dapatkan nasihat doktor sekiranya anda mempunyai sebarang keraguan berkaitan kesesuaian umur anak dan keadaan kesihatan semasanya. Sebaiknya, carilah doktor yang berpengalaman dan mahir mengendalikan proses ini.

Selain daripada itu, biasanya pihak klinik akan memberitahu ibu bapa supaya memakaikan lampin baru sebelum memulakan. Kalau nak senang, bolehlah tukar siap-siap di rumah sebelum bertolak.
sunat bayi perempuan

Foto Kredit: unfpa.org
5. Cara Penjagaan

Berbanding berkhatan lelaki, sunat anak perempuan ini biasanya mengambil masa yang amat cepat untuk pulih. Malah, ada bayi perempuan yang boleh bergerak aktif walaupun baru selepas dikhitankan.

Lazimnya selepas ditahan dengan kapas, darah sudah tidak mengalir lagi dan anda tidak perlu risau jika bayi nampak selesa dan aktif seperti biasa.

Sekadar berkongsi pengalaman sendiri, saya telah mengkhatankan anak perempuan saya selepas selesai tempoh berpantang di sebuah klinik swasta yang terletak di Shah Alam. Cara penjagaan adalah seperti menjaga luka biasa. Doktor memberitahu saya agar menekankan faktor kebersihan, terutamanya dalam hal menukar lampin. Bayi tidak banyak meragam, cuma mungkin nampak sedikit keletihan. Namun, hanya dalam 1-2 hari, bayi sudah kelihatan aktif dan ceria.
10 Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi. Petua & Tips Mudah!

6. Hikmah Berkhitan

Berkhitan atau sunat bayi perempuan akan memberi manfaat kepada seseorang kerana ianya adalah sesuatu yang disunnahkan.

Antaranya kelebihannya adalah ia menjadikan anggota kemaluan wanita lebih bersih dan dapat memelihara seseorang daripada pelbagai penyakit.

Khitan juga dapat membawa kesempumaan agama, keindahan, dan meluruskan syahwat.

Menurut buku Q & A Fiqh, baginda SAW bersabda yang bermaksud :

“Khatan ialah sunnah kepada lelaki dan kehormatan kepada wanita.”


(Direkodkan oleh Al-Baihaqi)

Sumber: Sirap Limau

Back To Top