Usahalah Memerangi LGBT. Lihat Laknat Allah Kepada Kaum Nabi Luth

Pendahuluan

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai salah seorang pelajar Malaysia  lelaki melayu lslam berkahwin dengan lelaki Ireland. Di Malaysia undang-undang berkahwin sejenis tidak wujud sama sekali. Walaupun wujud pasti akan mendapat tentangan dari masyakat Islam dan bukan Islam kerana ia bertentangan ajaran mana-mana  agama dan  fitrah semulajadi manusia. Di barat undang-undang ini telah diwartakan sebagai undang-undang menjadikan mereka yang terlibat dilindungi oleh undang-undang bahkan  mereka yang menentang atau mempertikai undang-undang tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang. Baru-baru ini Amerika Syarikat telah meluluskan undang-undang tersebut.


Gejala songsang tersebut sebenarnya telah berlaku sejak zaman dulu lagi, apabila kaum Nabi Luth iaitu dari bangsa Sadum telah dijadikan sebangai "Trade Mark" kepada mereka yang melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Ini kerana kemurkaan Allah terhadap mereka membawa kepada kehancuran negeri dan bangsa mereka dalam sejarah manusia. Menurut kajian dan laporan yang dibuat,  gejala tersebut bukan sahaja berlaku kepada golongan bawahan tetapi juga berlaku kepada golongan professional.

Kisah Nabi Luth dalam Al-Quran terdapat pada 85 ayat dalam 12 surah di antaranya Surah Al-Anbiya' ayat :74- 75, Surah As-Syaara' ayat: 160 - 175, Surah Hud: ayat 77- 83, Surah Al-Qamar ayat :33 - 39 dan Surah At-Tahrim ayat: 10
 
Kisah Nabi Luth dan Kaumnya

            Nabi Luth adalah anak saudara kepada Nabi Ibrahim. Ayahnya yang bernama Hasan bin Tareh. Nabi Luth diutuskan sebagai rasul kepada satu kaum Sadum yang mendiami sepanjang timur laut (Dari Israel - Yordania), Laut Mati. Ibukota Sodom terletak di Utara Basin Laut Mati.

            Hampir keseluruhan kaum ini mengamalkan gaya hidup songsang, iaitu lelaki melakukan hubungan kelamin sejenis ( Homoseksual). Bagi wanita pula mereka juga melakukan perbuatan seksual sesama jenis ( Lesbian ) Perbuatan ini merupakan sesuatu penyelewengan fitrah semulajadi manusia yang diciptakan oleh Allah. Nabi Luth telah menyeru mereka untuk menghentikan perbuatan tersebut di samping menyampaikan seruan-seruan Allah, tetapi mereka mengabaikannya dan malah mereka mengingkari kenabiannya. Akhirnya, kaum Nabi Luth dimusnahkan dengan bencana yang sangat mengerikan dan dahsyat. Kejadian ini berlaku pada kira-kira tahun 1800 sebelum Masihi.

Firman Allah s.w.t:

"Ketika seksaan dari Kami (Allah) itu datang, maka Kami jadikan dari negeri kaum Luth itu yang atas dibalikkan ke bawah dan kami turunkan hujan seksa ke atas mereka, yang berupa batu, tanah yang terbakar dengan bertubi-tubi, sebagai yang diberi tanda oleh tuhanmu, dan negeri itu tiadalah jauh dari orang-orang yang zalim"( Surah Hud : 82-83)

Di dalam Kitab Al-quran menceritakan kisah Nabi Luth yang menasihati kepada kaumnya seperti mana dalam Surah As-Syuara;

"Kaum Luth telah mendustakan para Rasul", "Ketika saudara mereka Luth berkata kepada mereka,"Mengapa kamu tidak bertakwa?". "Sungguh, aku ini seorang rasul kepercayaan (yang diutus) kepadamu,". "Maka bertakwalah kepada Allah dan taatlah kepada ku"."Dan aku tidak meminta upah kepadamu atas ajakan itu, upahku hanyalah dari Tuhan seluruh alam"."Mengapa kamu mendatangi jenis lelaki (Homoseks) di antara manusia". "dan kamu tinggalkan (perempuan) yang diciptakan Tuhan untuk dijadikan sebagai isteri kamu? Kamu memang orang-orang yang melampaui batas'. " Mereka menjawab, " Wahai Luth! Jika engkau tidak berhenti, engkau termasuk orang-orang yang terusir". " Dia (Luth) berkata, " Aku sungguh benci kepada perbuatan mu"(Surah As-Syuara':160-168).

Kaum Luth telah mengancam Nabi Luth dan membencinya kerana mengajak kaumnya beriman. Ayat seterusnya dalam kitab Al-quran dikisahkan dalam Surah Al-Araf:

"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah ) tatkala dia berkata kepada mereka: "Mengapa kamu mengerjakan perbuatan faahisyah itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun (di dunia ini) sebelummu?". Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melampiaskan nafsumu (kepada mereka), bukan kepada wanita, malah kamu ini adalah kaum yang melampaui batas. Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: "Usirlah mereka (Luth dan para pengikutnya) dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri ." (Surah Al A'raaf: 80-82)

Gejala songsang kaum nabi Lut.

            Kaum Sadum adalah masyarakat yang mempunyai paras moral dan rosak yang amat rendah. Masyarakat Sadum tidak mempunyai pegangan agama atau nilai kemanusiaan. Maksiat dan kemungkaran bermaharajalela dalam pergaulan hidup mereka. Mencuri menjadi rutin kehidupan mereka. Mereka yang kuat dan berkuasa menindas golongan yang lemah. Maksiat yang paling menonjol dalam kehidupan mereka adalah perbuatan Liwat ( homosesual ) di kalangan lelakinya dan lesbian di kalangan wanitanya. Kedua-dua jenis kemungkaran ini begitu bermaharajalela di dalam masyarakat sehinggakan ia merupakan satu budaya bagi kaum Sadum. Gejala aneh dan songsang ini berlaku bukan kepada semua orang. Apabila kaum lelaki dari kalangan mereka melihat pemuda yang tampan, muda, mempunyai dada yang bidang, punggung yang menawan, maka nafsu mereka ( lelaki ) akan cepat terangsang. Begitu pula halnya dengan mereka sesama wanita.

            Seorang pendatang yang masuk ke Sadum tidak akan selamat dari diganggu oleh mereka. Jika ia membawa barang-barang yang berharga maka dirampaslah barang-barangnya, jika ia melawan atau menolak menyerahkannya maka nyawanya tidak akan selamat. Akan tetapi jika pendatang itu seorang lelaki yang bermuka tampan dan berparas elok maka ia akan menjadi rebutan di antara mereka dan akan menjadi korban perbuatan keji lelakinya dan sebaliknya jika si pendatang itu seorang perempuan muda maka ia menjadi mangsa bagi pihak wanitanya pula.

Seruan Nabi Lut

            Nabi Luth berseru kepada mereka agar meninggalkan adat kebiasaan iaitu melakukan perbuatan homoseksual dan lesbian. Luth menyatakan perbuatan itu bertentangan dengan fitrah dan hati nurani manusia serta menyalahi hikmah yang terkandung di dalam penciptaan Allah. Juga kepada mereka diberi nasihat dan diajukan supaya menghormati hak dan milik masing-masing dengan meninggalkan perbuatan rampasan, rompakan serta pencurian yang selalu mereka lakukan di antara sesama mereka dan terutama kepada orang  yang datang ke  Negeri Sadum.

Doa Nabi Lut


            Permohonan Nabi Luth dan doanya diperkenankan oleh Allah s.w.t. Lalu di hantar  kepadanya tiga orang malaikat menyamar sebagai manusia biasa. Mereka adalah malaikat yang bertemu kepada Nabi Ibrahim dengan membawa berita gembira atas kelahiran Nabi Ishaq, dan memberitahu kepada mereka bahawa dia adalah utusan Allah dengan tugas menurunkan azab kepada kaum Luth penduduk kota Sadum. Dalam kesempatan pertemuan mana Nabi Ibrahim telah mohon agar penurunan azab keatas kaum Sadum ditunda ,kalau-kalau mereka kembali insaf serta bertaubat dari segala maksiat dan perbuatan mungkar. Juga dalam pertemuan itu Nabi Ibrahim mohon agar anak saudaranya, Luth diselamatkan dari azab yang akan diturunkan ke atas kaum Sadum.

            Para Malaikat telah sampai di Negeri Sadum dengan menyamar sebagai lelaki muda yang mempunyai paras rupa yang tampan dan badan yang tegap dan sasa tubuhnya. Dalam perjalanan mereka hendak memasuki kota, mereka berselisih dengan anak gadis Nabi Luth yang  sedang mengambil air dari sebuah perigi. Lelaki muda (malaikat) bertanya kepada anak nabi Luth kalau-kalau mereka diterima ke rumah sebagai tetamu. Anak gadis Nabi Luth tidak berani memberi keputusan sebelum ia beruding terlebih dahulu dengan ayahnya.

            Mendengar khabar berita anak perempuannya, Nabi Luth merasa bingung, apakah yang harus yang dilakukan dengan permintaan tetamu tersebut kerana mereka akan menjadi mangsa kelakuan kaumnya yang akan melakukan perbuatan yang terkutuk itu. Ini kerana tetamu tersebut mempunyai paras yang tampan dan kacak akan mengundang risiko gangguan kepadanya dan kepada tetamu dari kaumnya yang tergila-gila untuk melakukan hubungan seks sejenis dengan anak muda yang mempunyai tubuh bagus dan paras wajah elok.

            Nabi Luth memutuskan untuk menerima lelaki-lelaki muda itu sebagai tetamu di rumahnya. Nabi Luth hanya pasrah kepada Allah dan  berlindung kepadanya sekiranya terdapat segala rintangan yang akan datang. Lalu pergilah ia sendiri menjemput tetamu yang sedang menanti di pinggir kota dan diajaklah mereka bersama-sama ke rumah. Ketika itu, kota Sadum sudah diliputi kegelapan dan manusia sudah nyenyak tidur di rumah masing-masing.

            Nabi Luth telah pun berpesan kepada isteri dan kedua puterinya agar merahsiakan kedatangan anak-anak lelaki muda itu. Jangan sampai terdengar dan diketahui oleh kaumnya. Namun, kedegilan isteri Nabi Luth, yang juga sehaluan dan sependirian dengan penduduk Sadum, telah membocorkan berita kedatangan tetamu Luth kepada mereka. Berita kedatangan tetamu Luth tersebar kerana isteri Nabi Luth memberitahu kepada kaumnya. Oleh yang demikian datanglah beramai-ramai lelaki-lelaki Sadom, yang buta seks ini, ke rumah Nabi Luth, berhajat untuk memuaskan nafsu seksual mereka, setelah lama tidak mendapat anak muda. Berteriaklah mereka memanggil Luth untuk lepas anak-anak muda itu, agar diberi kepada mereka untuk memuaskan nafsu.

            Mendengar teriakan mereka, Nabi Luth tidak membuka pintu bagi mereka dan berseru agar mereka kembali ke rumah masing-masing dan jangan mengganggu tetamu yang datangnya dari jauh yang sepatutnya dihormati dan dimuliakan. .Mereka diberi nasihat agar meninggalkan perbuatan kebiasaan mereka yang keji itu kerana perbuatan mereka yang bertentangan dengan fitrah manusia dan sunnatullah di mana Allah telah menciptakan manusia berpasangan antara lelaki dan perempuan untuk menjaga kelangsungan perkembangan umat manusia sebagai makhluk yang termulia di atas bumi. Nabi Luth berseru agar mereka kembali kepada isteri-isteri mereka dan meninggalkan perbuatan maksiat dan kemungkaran yang tidak senonoh, sebelum mereka dilanda azab dan seksaan Allah.

            Seruan dan nasihat-nasihat Nabi Luth tidak dihiraukan dan dipedulikan ,mereka bahkan mendesak akan menolak pintu rumahnya dengan paksa dan kekerasan jika pintu tidak di buka dengan sukarela. Merasa dirinya sudah tidak berdaya untuk menahan arus orang-orang lelaki kaumnya itu yang akan memaksakan kehendaknya dengan kekerasan berkatalah Nabi Luth secara terus terang kepada para tamunya:" Sesungguhnya aku tidak berdaya lagi menahan orang-orang itu menyerbu ke dalam .Aku tidak memiliki kekuatan fizikal yang dapat menolak kekerasan mereka. Mendengar kata-kata Nabi Luth, lantas tetamunya yang merupakan malaikat Allah itu memberitahu hal yang sebenar. Mereka sebenarnya adalah malaikat-malaikat Allah  yang menyamar sebagai manusia yang diutus oleh Allah untuk menurunkan azab dan seksaan atas umatnya kerana  kemungkaran dan kemaksiatan mereka.

 Bermula Azab Allah

            Malaikat-malaikat itu menyuruh Nabi Luth membuka pintu rumahnya seluas mungkin agar dapat memberi kesempatan bagi kaumnya itu masuk. Namun sebaik sahaja pintu dibuka dan mereka masuk, tiba-tiba gelaplah pandangan mereka dan tidak dapat melihat sesuatu kerana mata mereka menjadi buta. Lalu, diusap-usap dan digosok-gosok mata mereka, ternyata mereka sudah menjadi buta.

            Kaum Nabi Luth yang telah menjadi buta menjerit-jerit dan berlanggar antara satu sama lain. Lantas Malaikat memerintahkan  kepada Nabi Luth agar meninggalkan segera negeri itu bersama keluarganya kecuali isterinya, kerana masanya telah tiba bagi azab Allah yang akan ditimpakan pada malam itu juga. Para malaikat berpesan kepada Nabi Luth dan keluarganya agar perjalanan ke luar kota jangan seorang pun dari mereka menoleh ke belakang.

            Nabi Luth keluar dari rumahnya sehabis tengah malam, bersama keluarganya  meninggalkan negeri mereka, tidak menoleh ke kanan mahupun ke kiri sesuai dengan petunjuk para malaikat yang menjadi tamunya. Sewaktu fajar mula menyingsing, bergegar bumi dengan teramat dahsyatnya. Getaran itu mendahului suatu gempa bumi yang kuat dan hebat disertai angin yang kencang dan hujan batu sijjil ( batu daripada api ) yang menghancurkan dengan serta-merta kota Sadum berserta semua penghuninya . Lalu matilah mereka dan bertebaran mayat-mayat yang dilaknat oleh Allah S.W.T. Kesan dari bala Allah dapat dilihat hingga hari ani apabila penemuan sebahagian kaum nabi Lut yang telah dibinasakan oleh Allah keras menjadi batu.


Sumber: JAIS
 

Labels: islamik, semasa, tazkirah
Back To Top