Menteri Israel Dakwa Kebakaran di Negara Itu Angkara Khianat


HAIFA: Hampir 50 peratus daripada kebakaran berlaku di Israel sejak Selasa adalah perbuatan khianat, Menteri Keselamatan Awam, Gilad Erdan, memberitahu Radio Tentera, pagi tadi.

"Api dikhuatiri merebak ke kawasan baharu, bagaimanapun hingga hari ini keadaan terkawal," katanya.

Pegawai kanan bomba, Shimon Ben Ner, berkata beliau tahu mereka sengaja membakar stesen di Haifa sehingga menyebabkan jabatan bomba di Haifa menjadi lumpuh.

Sementara itu, Universiti Haifa dikosongkan pada hari ini sebagai langkah berjaga-jaga berikutan kebakaran yang tercetus di bandar utara negara itu.

Awal pagi tadi, penduduk di utara Mount Carmel, iaitu kejiranan Romema sudah meninggalkan kediaman.

Kebakaran merebak di kejiranan Ramot Sappir, Haifa hingga menyebabkan sebuah tadika berdekatan terpaksa dikosongkan. Kebakaran turut tercetus di sebuah padang di hadapan stesen bomba di Haifa. Api dari semak samun merebak hingga ke tempat letak kereta dan gudang berdekatan hingga melintasi jalan raya.

Lebuh raya 22 dan Jambatan Paz ditutup untuk kenderaan dan polis melaporkan bahawa dua orang cedera di kawasan itu. Semua pihak berkuasa sedang bertungkus lumus mengawal kebakaran itu.

Tambahan pula, Syarikat Elektrik Israel mengisytiharkan keadaan berjaga-jaga. Syarikat pencawang dilaporkan rosak akibat kebakaran itu hingga menyebabkan bekalan elektrik terpaksa dipotong sementara bagi langkah keselamatan. - Agensi

Baca juga: Israel Dikepung Kebakaran Besar Setelah Melarang Azan di Masjid al-Aqsa

Sumber: Berita Harian




Labels: semasa
Back To Top