Solat Di Akhir Waktu Dan Waktu Di Haramkan Solat Sunat
Soalan
: Saya nak bertanya kalau saya tengah solat zohor waktu asar pun sampai.
haruskah saya qada zohor? dan apakah waktu-waktu di larang solat sunat?
Jawapan
:
Jika
saudara dapat satu rekaat setelah bangun daripada rukuk dan azan asar
berkumandang maka saudara telah mendapat solat zuhur, teruskan solat sehingga
selesai. Jika saudara baru baca al Fatihah rekaat pertama kemudian mendengar
azan asar maka teruskan juga solat zohor sehingga selesai tetapi pahala yang
saudara dapat adalah pahala solat qada zohor. Jangan niat qada’ teruskan solat
zohor seperti biasa. hingga salam.
Diriwayatkan
hadis daripada Abi Hurairah (r.a) bahawa Rasulallah SAW bersabda: ‘Barangsiapa
mendapat satu rakaat dari solat Subuh sebelum bahawa terbit matahari, maka
sungguh-sungguh mendapat (dia) solat Subuh, dan barangsiapa mendapat satu
rakaat dari solat ‘Asar sebelum bahawa terbenam matahari, maka sungguh-sungguh
mendapat (dia) solat ‘Asar.’ (Hadis Riwayat Muslim, Kitab Solat)
Mengikut hadis di atas,
Rasulallah SAW memberikan ketetapan syariat bahawa jika kita dapat satu rakaat
solat Subuh, yakni apabila sempat kita selesaikan rakaat pertama, kemudian naik
matahari, yakni luput waktu Subuh, kita tetap dikira telah mendapat keseluruhan
solat Subuh itu. Yakni, walaupun matahari sudah terbit, kita hendaklah teruskan
rakaat kedua. Walaupun, kemudahan sedemikian diberikan kepada kita, tidaklah
kita menjadikan amalan biasa mensolatkan solat-solat kita pada waktu-waktu yang
hampir kepada waktu haram bersolat. Begitu juga untuk solat zohor, asar, magrib
dan isyak jika mendapat 1 rakaat tiba-tiba azan berkumandang maka kita telah
mendapat keseluruhan solat tersebut.
2. Waktu-waktu yang di
haramkan solat sunat.
Perkara
ini ada disebutkan di dalam hadis :
عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس
Daripada
Abi Hurairah r.a : “Sesungguhnya Rasulullah SAW melarang dari mengerjakan solat
selepas Asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas Subuh sehingga terbit
matahari.” (Hadis Riwayat Imam Bukhari, Imam Muslim, Imam Abu Dawud, Imam
Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad.).
Daripada
Uqbah bin Amir Al Juhani r.a., katanya:
ثَلَاثُ سَاعَاتٍ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْهَانَا أَنْ نُصَلِّيَ فِيهِنَّ أَوْ أَنْ نَقْبُرَ فِيهِنَّ مَوْتَانَا حِينَ تَطْلُعُ الشَّمْسُ بَازِغَةً حَتَّى تَرْتَفِعَ وَحِينَ يَقُومُ قَائِمُ الظَّهِيرَةِ حَتَّى تَمِيلَ الشَّمْسُ وَحِينَ تَضَيَّفُ الشَّمْسُ لِلْغُرُوبِ حَتَّى تَغْرُبَ
“Ada
tiga waktu yang Rasulullah SAW melarang kita solat atau menguburkan jenazah
pada waktu-waktu tersebut. Pertama, ketika matahari terbit hingga ia agak
meninggi. Kedua ketika matahari tepat berada di pertengahan langit (tengah hari
tepat) hingga dia telah condong ke barat. Ketiga, ketika matahari hampir
terbenam sehingga dia telah tenggelam sama sekali.” Dari Ibnu Umar r.a bahawa
Rasulullah SAW bersabda: “Jika hijab matahari telah terlihat, tangguhlah solat
sehingga benar-benar nampak. Jika matahari menghilang, tangguhlah solat sampai
matahari benar-benar terbenam.” (Muttafaq ‘alaih).
Lima Waktu Ditegah Melakukan Solat
Dalam banyak waktu solat yang perlu diwaspada adalah mengenai lima masa yang dilarang melakukan solat sunat. Bilakah lima waktu tersebut?
.
1) Sesudah menunaikan Solat Fardhu Subuh sehingga terbit matahari.
Dalam banyak waktu solat yang perlu diwaspada adalah mengenai lima masa yang dilarang melakukan solat sunat. Bilakah lima waktu tersebut?
.
1) Sesudah menunaikan Solat Fardhu Subuh sehingga terbit matahari.
2)
Semasa terbit matahari sehingga ia meninggi kadar setombak.
3)
Ketika matahari tegak di atas kepala sehingga ia condong ke barat.
4)
Selepas menunaikan Solat Fardhu Asar sehingga terbenam matahari.
5)
Semasa matahari hampir terbenam sehingga tenggelam seluruh bulatannya.
Sumber
: islamituindah