Soalan
Berkenaan alkohol. Saya akan memakai pewangi "perfume" ke pejabat pada waktu pagi. Saya tidak pasti sama ada mengandungi alkohol atau tidak, tetapi kebanyakan "perfume" mengandungi alkohol buah-buahan. Jika ia mengandungi alkohol, bagaimana solat saya selama ini?. Saya mendapat tahu jika kandungan berasaskan buah-buahan tidak mengapa.
Jawapan:
Menggunakan minyak wangi yang mengandungi alkohol adalah harus dan dimaafkan sekiranya alkohol itu bukan dihasilkan dari proses pembuatan arak. Hukumnya adalah sah kerana alkohol tersebut tidak dianggap sebagai najis.
Sumber: Fatwa Negeri Selangor