Author:
Pak Hang
Published:
Saturday, March 4, 2017
Soalan : Assalamualaikum,
Saya ada kemusykilan berhubung hukum binatang yang disembelih menggunakan mesin. Adakah binatang tersebut halal dimakan sekiranya mesin tersebut dikendali-kan oleh orang Islam dan bacaan bismillah disebutkan sebelum pengendali tersebut menekan butang untuk menghidupkan mesin peyembelihan tersebut? Penyem-belihan secara automatik ini terpaksa dilakukan disebabkan kekurangan tenaga penyembelih dan kadar permintaan yang tinggi. Diharap kemusykilan ini dapat diselesaikan.
Jawapan :
- 1. Di Malaysia belum lagi mengamalkan sembelihan menggunakan mesin.
- 2. Telah dilakukan di luar negara. Hukumnya sah kerana permintaan banyak. Antara syaratnya ialah :
- i. Dikendalikan oleh orang Islam.
- ii. Bacaan Bismillah sebelum tekan butang (sunat)
- iii. Orang Islam mesti berada di mesin tersebut sepanjang ia beroperasi.