Panduan Mengerjakan Solat Sunat Hajat Beserta Doa



Solat sunat dikerjakan apabila mempunyai hajat tertentu dengan berharap agar diperkenankan oleh Allah S.W.T.Bilangan rakaat adalah dua (2) dan sebanyak-banyaknya dua belas (12) rakaat

1. Lafaz niatnya ialah :



“Aku solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taala”

2. Setelah selesai solat sunat  hajat, duduklah dengan khusyuk sambil membaca istighfar sebanyak 100 kali




 “Aku mohon keampunan kepada Allah Tuhanku daripada segala dosa dan aku bertaubat kepadaNya”

3. Diikuti dengan membaca selawat ke atas  Nabi S.A.W sebanyak 100 kali



“Ya Allah, berilah kesejahteraan atas junjungan kami Nabi S.A.W, kesejahteraan yang diredhai
dan redhailah sahabat-sahabat sekalian”



4. Doa Solat Hajat




“Tiada tuhan melainkan Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Pemurah. Maha suci Allah, Tuhan yang memelihara ‘arasy yang mulia. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam. Wahai Tuhanku,aku bermohon kepadaMu segala yang mewajibkan rahmatMu dan sesuatu yang mendatangkan keampunanMu dan mendapat keuntungan daripada segala kebajikan dan selamat dari segala dosa.Janganlah Engkau biarkan dosa pada diriku melainkan Engkau ampuni, dan jangan Engkau biarkan kesusahan melainkan Engkau beri jalan keluar, dan tiada sesuatu hajat yang mendapat kerelaanMu melainkan Engkau makbulkannya. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih”


5. Seterusnya melakukan sujud  dan membanyakkan bacaan ayat di bawah



 “Tidak ada Tuhan melainkan Engkau ya Allah, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku ini daripada golongan orang yang zalim”


Back To Top