Hukum Nikah Gantung


SOALAN :
Apakah makna nikah gantung? Adakah nikah gantung tercatat dalam Islam? Bolehkah mereka yang nikah gantung tinggal serumah?
JAWAPAN :
Nikah gantung ialah satu keadaan yang mana sepasang lelaki dan perempuan dinikahkan mengikut segala syarat-syarat nikah dalam Islam tetapi ditangguhkan tinggal bersama-sama hari persandingan.
       Nikah gantung hanyalah adat Melayu. Dalam Islam, apabila sepasang lelaki dan perempuan dinikahkan mengikut syarat-syarat nikah, maka terjalinlah ikatan suami isteri antara mereka dengan setiap pihak memikul tanggungjawab dan hak masing-masing termasuklah duduk serumah. 
       Biasanya isu nikah gantung timbul kerana permintaan orang tua salah satu pihak atau keduanya atas sebab tertentu. Sama ada pasangan berkenaan mahu memenuhi permintaan "elak" dari tinggal bersama-sama dan "berhubungan" tertakluk kepada budi bicara dan keredhaan masing-masing.
      Sukalah diingatkan bahawa Islam menggalakkan umatnya bernikah dan tidak menyukai amalan-amalan yang menyukarkan lelaki dan perempuan untuk bernikah dan hidup sebagai suami isteri yang halal seperti meninggikan mahar atau wang hantaran. apatah lagi jika amalan sedemikian tidak mempunyai maslahat yang diakui oleh syarak.
Rujukan : 
Wanita Dalam Islam - Kemusykilan & Panduan 
Diterbitkan oleh :Illusion Network
No. 40A, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, Tadisma Business Park, 
40100 Shah Alam, Selangor.

Labels: islamik, tazkirah
Back To Top