ADAKAH JESUS TUHAN MENURUT BIBLE?

kebenaran


Mencari Kebenaran   

Pendahuluan
Fitrah beragama merupakan sesuatu keperluan yg Allah hadirkan ke dalam hati setiap hambaNya yg bergelar manusia. Nikmat Islam bukanlah sesuatu yg bersifat mutlak ke atas setiap insan yg dilahirkan dalam kalangan keluarga yg beragama Islam. Bagi mereka yg dilahirkan dalam kalangan keluarga yg bukan Islam, kekafiran bukanlah sesuatu yg mutlak kepada mereka hingga akhir hayat.
Di atas dasar inilah kita dapat lihat bahawa ada org2 yg dilahirkan dalam kalangan keluarga Islam hanya Islam pada nama tidak pada iktikad, lisan mahupun perbuatan mereka. Pada masa yg sama mereka yg kafir pula dianugerahkan hidayah di atas kesungguhan mereka mencari kebenaran. Sesungguhnya Allah lah sebaik2 perancang.

Sinopsis
Kisah ini merupakan satu bentuk pencerahan bagi membuktikan kebatilan agama Kristian dan kebenaran agama Islam sebagai agama yang diredhai Allah. Usaha bagi membuktikan kebatilan agama Kristian memerlukan hujah-hujah yg dipetik sendiri dari kitab-kitab bible dan pecerahan yang terkandung di dalam Al-Quran.
Barack dan Obama merupakan dua penganut Kristian yg ingin merungkai persoalan ketuhanan antara agama mereka, Kristian dan agama Islam.
Kesedaran ini lahir daripada pemerhatian terhadap beberapa persamaan antara ajaran Kristian dan Islam seperti kewujudan Nabi Allah Isa, peristiwa penciptaan Adam dan Hawa, kisah Nabi Nuh dan lain-lain lagi. Keinginan ini membawa mereka untuk bertemu Ustaz Hussien, seorang pendakwah yg menguasai kandungan Bible dan Al-Quran.

kebenaran
kebenaran

Barack : Ustaz, tujuan kami berdua datang menemui ustaz pada hari ini ialah untuk berdiskusi dengan ustaz berhubung konsep ketuhanan antara agama kami, Kristian dan agama ustaz, Islam. Kami mendapati terdapat beberapa persamaan antara agama kita berdua namun banyak juga perbezaan dari konteks ketuhanan dan pengamalan hukum hakam. Sesuatu yg menarik untuk kami selidiki. Di harap ustaz dapat membantu kami.
Ustaz Hussein : Owh, saya senang hati menerima kehadiran kamu berdua. InsyaALLAH saya akan cuba sedaya upaya membantu kamu.  
Obama : Terima kasih. Boleh ustaz terangkan mengapa ustaz menganggap Islam merupakan agama yg benar, manakala agama kami batil ?
Ustaz Hussien : Adakah kamu berdua benar-benar yakin bahawa Kristian merupakan agama suci yang benar ?
Barack : Ya, itulah keyakinan kami sejak dari kecil lagi.
Ustaz Hussien : Suci bermaksud bersih dari sebarang kesalahan-kesalahan.
Obama : Ya ! Tetapi kesalahan macam mana itu ustaz ?
Ustaz Hussein : Sebagai contoh… Ada 2 org yang bercakap mengenai seseorang individu yg dipanggil si A. Org pertama menyatakan bahawa si A mempunyai 3 orang anak lelaki. Org kedua pula menyatakan bahawa si A mempunyai 10 org anak lelaki. Bolehkah kita menyatakan bahawa kedua-dua kenyataan itu benar ?
Barack : Mustahil, tentu ada salah seorang yg berkata benar atau kedua-dua kenyataan itu salah berhubung si A.
Ustaz Hussein : Andai kata ada suatu kitab suci, namun ayat-ayat di dalamnya saling berlaku perselisihan maksud, bolehkan kita menyatakan bahawa kitab itu suci ?
Obama : Tentu tidak. Kesuciannya terbatal.
Ustaz Hussein : Kalau saya katakan bahawa ayat-ayat di dalam Bible saling bercanggah antara satu sama lain, adakah saudara berdua masih meyakini kebenarannya ?
Barack : Mustahil, Bible merupakan sebuah kitab yg suci. Mampukah ustaz membenarkan kata-kata itu ?

kebenaran
kebenaran

Ustaz Hussein : InsyaALLAH, ayuh kita mulakan dengan siapa sebenarnya Jesus atau Nabi Isa a.s.  Adakah benar Jesus tuhan seperti yg saudara berdua imani. Bolehkah saudara menyatakan dalil yg membenarkan keimanan saudara itu ?
Obama : Boleh, lihatlah Bible Matius, fasal 3 ayat 17 yg menyebut “Inilah anakKu yg Ku kasihi, kepadanya Aku berkenan.”. Di dalam Bible Lukas pula, fasal 4, ayat 41 menyebut bahawa “Jesus itu anak Allah.”
Ustaz Hussein : Kalau begitu, cuba saudara baca Bible Matius, fasal 5, ayat 9.
Barack : “ Berbahagialah segala org yg mendamaikan org, kerana mereka itu akan di sebut anak-anak Allah.”
Ustaz Hussein : Kalau begitu, sesiapa yg mendamaikan perselisihan manusia merupakan anak-anak Allah. Bukan Jesus sahaja.
Obama : Sebentar ustaz, di dalam Bible Yahya, fasal 14 ayat 9 menyebut “ Sesiapa yg sudah nampak Aku, ia sudah nampak bapa.” Ayat 10 pula menyebut “ Tidakkah kau pecaya Aku ini di dalam bapa, dan bapa di dalam Aku. ”
Ustaz Hussein : Baik, dengan menggunakan bible yg sama sila baca fasal 17, ayat 23.
Barack : “ Aku di dalam mereka itu, dan engkau di dalam Aku; supaya mereka itu sempurna di dalam persekutuan.
Ustaz Hussein : Kata ‘ mereka ’ di sini sebenarnya merujuk kepada para sahabat Jesus. Sedangkan yg dimaksudkan ‘ Aku ’ ialah Allah. Jadi kata ‘ Aku ’ beserta ‘ mereka ’ bererti tuhan beserta sahabat-sahabat Jesus. Kalau saudara mempercayai bahawa Jesus bersatu dengan Allah maka saudara perlu juga percaya bahawa Allah bersatu dengan para sahabat Jesus seramai 12 org. Jadi bukan sahaja Jesus dan Roh Kudus sahaja yg bersatu dengan Allah, harus di tambah 12 org lagi.
Obama : Tunggu dahulu ustaz. Ini benar-benar membingungkan kami.
Ustaz Hussein : Tentu saudara akan lebih bingung lagi dengan ayat seterusnya. Sila baca Bible Yahya fasal 17, ayat 3.
Barack : “ Inilah hidup yg kekal, iaitu supaya mereka mengenal Engkau, Allah Yang Esa dan Jesus yang telah engkau suruhkan itu. ”
Ustaz Hussein : Tuhan Yang Esa bererti satu. Dan ayat ini juga menyebut bahawa Jesus itu persuruh Allah. Jadi bagai mana bible yg saudara yakini kesuciannya boleh saling bercanggah antara satu sama lain.
Obama : Namun semua ini dipetik dari Perjanjian Lama. Bagaimana pula dengan Perjanjian Baru ?
Ustaz Hussein : Di dalam Perjanjian Baru, sila baca Bible Markus, fasal 12, ayat 29.
Barack : “ Maka jawab Jesus kepadanya. Hukum yg terutama ialah: Dengarlah olehmu wahai Israil, adapun Allah Tuhan kita, ialah Tuhan yg satu. ”   
Ustaz Hussein : Dalam Perjanjian Lama pula, sila baca Bible Ulangan, fasal 6, ayat 4.
Obama : “ Dengarlah olehmu hai Israil, sesungguhnya Hua Allah kita. Hua itu Esa adanya. ”
Ustaz Hussein : Dalam bible ada ayat menyebut Tuhan itu satu, tetapi di dalam ayat lain pula menyebut Tuhan itu 3 menjadi 1. Saya ingin bertanya, yg mana di antara kedua ayat itu yg benar ? Kalau salah satu salah atau kedua-duanya salah, maka itu bukan lagi kitab suci namanya.
KEBENARAN AKHIRNYA TERSERLAH MENENGGELAMKAN KEGELAPAN KEJAHILAN
*************************************************************************************
“ Dan orang-orang Yahudi berkata: “Uzair adalah anak Allah.” Dan orang-orang Nasrani pula berkata: “Al-Masih (Nabi Isa a.s.) ialah anak Allah.” Demikian perkataan mereka dengan mulut mereka sendiri, (iaitu) mereka menyamai perkataan orang-orang kafir terdahulu; semoga Allah binasakan mereka. Bagaimanakah mereka boleh berpaling dari kebenaran ?
(Surah Al-Taubah, ayat 30)

kebenaran
kebenaran

>> Satu bentuk serangan permurtadan yg dilaksanakan oleh para mubaligh Kristian kini bukan lagi pada peneguhan akidah mereka yg ternyata batil itu tetapi menerusi kerja-kerja kebajikan… <<
Bersatulah para pejuang agama. Hentikanlah pertelingkahan perkara-perkara furu’ yg tidak ada kesudahannya (Sedangkan masing-masing mempunyai dalil sahih dari Al-Quran dan As Sunnah utk membenarkan hujah mereka).
Pertahankan usul akidah para penganut agama ini. Itu lebih utama !!!
Bersatu kita semua di atas teras aqidah yang sama bagi membela kesucian Islam.

Daftar Istilah
Allah – Allāh (Arab: الله, Allaah) adalah kata dalam bahasa Arab yang merujuk pada nama Tuhan. Perkataan tuhan dalam bahasa Arab adalah Ilah sebagaiman dalam dua kalimah syahadah Islam. Kata Allah ini lebih banyak dikenal sebagai sebutan tuhan oleh penganut agama Islam. Kata ini sendiri dalam kalangan para penutur bahasa Arab, adalah kata yang umum untuk menyebut tuhan
Perkara Usul –  Perkara-perkara usul adalah perkara-perkara asas dalam agama yang tidak boleh berlaku padanya perselisihan pendapat. Contoh mudah bagi perkara yang tergolong dalam kategori  usul adalah seperti keimanan kepada Allah, Kitab dan Rasul (Rukun Iman) serta kewajipan solat, puasa dan zakat (Rukun Islam). Mengingkari perkara-perkara usul boleh mengakibatkan seseorang itu jatuh kepada kekufuran.
Perkara Furu’ –  Perkara furu’ dalam agama pula adalah perkara ‘cabang’ yang melengkapi perkara usul. Contohnya, kewajipan menunaikan solat adalah perkara usul yang mana tidak boleh diperselisihkan. Walaubagaimanapun, cara perlaksanaan solat adalah perkara furu’ di mana para ulama’ berselisih pendapat tentangnya. Misalnya, membaca Surah Al-Fatihah dalam solat. Jumhur fuqaha’ berpendapat bahawa membaca Al-Fatihah wajib dalam setiap solat dan tanpanya solat tidak sah. Tetapi Mazhab Hanafi berpendapat bahawa membaca Al-Fatihah itu wajib tetapi bukanlah suatu kemestian sebaliknya memadai dengan bacaan mana-mana ayat daripada Al-Quran dan tidak membaca Al-Fatihah tidak menjadikan solat seseorang itu batal sebaliknya solat tersebut tidak sempurna dan makruh.
Perjanjian Lama – Perjanjian Lama (bahasa Inggeris: Old Testament atau OT) dalam agama Kristian adalah kitab suci yang pertama dalam dua bahagian kitab suci agama Kristian (satu lagi adalah Perjanjian Baru). Perjanjian Lama berkait dengan kitab suci agama Yahudi Tanakh dengan beberapa variasi dan tambahan. Dalam agama Kristian Ortodoks, teks yang sama dikenali sebagai Septuagint yang diterjemahkan dari bahasa Greek.
Perjanjian Baru – Kitab Perjanjian Baru (PB), adalah bagian dari Al kitab Kristian yang ditulis setelah kelahiran Jesus Christ. Kata “Perjanjian Baru” merupakan terjemahan dari bahasa Latin, Novum Testamentum, yang merupakan terjemahan Yunani: Umat Kristian awal berpendapat bahwa kitab ini merupakan penggenapan isi nubuat yang ada di Alkitab yang sudah ada dan kemudian diberi nama Perjanjian Lama.

Sumber : akuislam.com

Labels: islamik, tazkirah
Back To Top