Bolehkah Seorang Muslimah Senyum Kepada Lelaki Yang Bukan Muhrim??



Muslimah, senyuman adalah hal yang disukai manusia, walau apapun agamanya. Bahkan dalam Islam wajah yang penuh senyuman adalah bentuk akhlak yang baik. Maka tersenyumnya seorang Muslimah kepada orang lain adalah hal yang baik. Namun dari segi lain, Islam juga mengajarkan adab-adab bergaul antara lelaki dan wanita, agar harmoni dalam masyarakat Islam, dan mencegah daripada terjadinya kerosakan. Lalu, adakah senyuman seorang Muslimah kepada lelaki yang bukan mahramnya sesuai dengan adab Islami? Boleh atau tidak dia bertutur dengan lelaki yang bukan mahramnya?

“Senyummu terhadap wajah saudaramu adalah sedekah” (HR. Tirmidzi 1956, ia berkata: “Hasan gharib”. Di-shahih-kan oleh Al Albani dalam Shahih At Targhib)

Boleh tersenyum asal tidak terpalit dengan fitnah.

Tidak diragukan lagi bahawa wanita itu adalah fitnah bagi para lelaki. Fitnah di sini ertinya: cubaan, atau hal yang berpotensi menimbulkan keburukan dalam agamanya.

Rasulullah SAW bersabda:

“Tidaklah aku tinggalkan fitnah yang paling berat bagi laki-laki selain cubaan wanita” (HR. Al Bukhari 5069, Muslim 2740)

Dan wanita itu, bagaimanapun paras dan keadaan fizikalnya, baik tersenyum atau tidak, wanita akan memiliki daya tarik di mata lelaki. Kerana syaitan sentiasa membantu menghiasi para wanita di mata lelaki sehingga lelaki jatuh pada godaan syaitan. Rasulullah SAW bersabda:

"Wanita adalah aurat, jika ia keluar, syaitan akan menghiasinya” (HR. At Tirmidzi, 1173, dishahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi)


Dari sini, tentang soal senyuman, para ulama telah memberi syarat di mana bolehnya seorang Muslimah tersenyum pada lelaki atau bertutur, selagi niatnya untuk tidak sombong sesama insan. Iaitu, selagi tidak menimbulkan fitnah atau bertujuan untuk menggoda atau ingin berkenalan.

Semoga kita sentiasa terhindar dari segala bentuk fitnah.

InshaaAllah.

Sumber: Hijabista

Labels: islamik, tazkirah
Back To Top