Hukum Bertatu Mengikut Pandangan Islam



(1)Di  dalam  Islam  hukum  bertatu  iaitu  pembuat  tatu  dan  orang  yang meminta dibuat tatu adalah haram.

(2)Orang   yang   telah   bertatu   wajib   bertaubat   dan   menyesal   serta menghilangkan  tatu  tersebut  menggunakan  kaedah  teknologi  yang  sedia  ada  jika  tidak  mendatangkan  sebarang  kemudaratan.  Walau bagaimanapun, sekiranya ia mendatangkan kemudaratan pada diri dan nyawa,  maka  ia  boleh  dibiarkan  dan  dimaafkan.  Bagi  orang  yang bertatu  dan  tidak  sempat menghilangkan  setelah  meninggal  dunia, maka   tatu   tersebut   tidak   wajib   dihilangkan  kerana   ianya   akan menyiksa mayat tersebut.

(3) Pihak  berkuasa  yang  meluluskan  lesen  membuka  premis  membuat tatu  pula  mengenakan  syarat  iaitu  pemilik  dan  pekerjanya  mestilah bukan  beragama  Islam  serta  dilarang  sama  sekali  mencacah  tatu kepada orang Islam

Sumber: Mufti Selangor

Labels: islamik, semasa
Back To Top